Tuesday, June 4, 2013

Dugaan mendatang


Assalamualaikum.

Ok where to start.

Dua tiga hari lepas, banyak sangat dugaan.

Adik ipar aku jatuh, tangan patah. Warded HKL.

MIL aku jatuh jugak kaki seliuh but still kena simen.

Nenek aku admit ward, sebab badan lemah-lemah.


Kisahnya, adik ipar aku melompat atas divider, mungkin dia ingat boleh lepas, sekali sangkut. Hahaha. Eh dah kesian boleh pulak gelak. Tapi macam kelakarlah jugak. Ko ingat lari berpagar ke dik?

Tapi dulu, papa pun dua-dua tangan dia masuk besi. Sebab patah. Sebelah main bola, jatuh. Sebelah lagi jatuh longkang sebab pakai spek mata itam. Hahahhahah. Orang lain pun pakai spek. Takdelah tak nampak jalan. Hoi kelakar giler bila MIL aku citer. Papa citer kat aku semalam, masa nak check tangan time patah tu, asal jumpa doc kena tanya, awak jatuh kat longkang tu, basah ke kering longkang tu?  Papa jawap,  kering doc. Pastu datang doc lain pulak check, kena tanya lagi soalan yang sama. Hahahhaha. Ko dahla tengah sakit, tanya soalan sama juta kali. Tak ke ko hangin satu badan.

Tu citer 10 tahun lepas tu. Ha sekarang adik papa pulak kena. Adoi ai. Kesian.

Kisah MIL aku pulak. Kaki seliuh. Teruk gak aku tengok. Bengkak. Tu yang bersimen. Kisahnya, MIL aku rushingla nak hantar adik ipar aku tu gi hospital. Terkocoh kacah agaknya, MIL aku masa keluar rumah terlanggar batu bata. Jatuh. Terus seliuh. Syukur Ya Allah sebab seliuh je. Nasib tak patah. Aku rasa kalau aku yang jatuh dengan berat badan yang maha berat ni, gerenti kaki boleh patah.

Last-last, MIL dengan adik ipar kena jumpa doc.








Sorry kena blur sikit, my MIL sexy. haha. Tengok tu, kecian. *Gambar curik FB adik*









Ni nenek pulak. Admit KPJ Seremban sebab badan lemah. Ya Allah sembuhkanlah mereka-mereka yang aku sayangi...



 
 Mama teman nenek. Sian nenek. :(
 
 
 
 
 
 
Hmm macam-macam dugaan. Harini papa cuti jaga budak-budak. Macamana, takkan nak hantar jugak kat MIL dengan kaki berbalut camtu. Esok hantar rumah makcik. Mintak tolong jagakan.
 
Tengah-tengah stress, adik aku Farah, post gambar ni.



Tersenyum tengok gambar ni. Aku bagi hadiah baju kat Farah sempena birthday dia haritu. Comelkan??  Beli kat  Crazewear



Farah siap dapat invoice. Ceh. Terkantoi harga disitu.










































Ni kakak Farah. Omey? O______O





Ok bai.

2 comments:

  1. alahai..mcm² dugaan ye

    harap² semua diberikan kesembuhan secepat mungkin

    comel kakak & adik :)

    ReplyDelete
  2. sabar ye sis..sungguh dugaan tu..

    ReplyDelete

^cinta saya^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...