Thursday, October 2, 2014

Cerita kepam


Harini kandungan baby genap 17 Weeks Day 4.

Aaaaa rasa macam cepat je. Berdebar jugak rasanya walaupun gap dengan Adam 4 tahun. Teringat-ingat je masa ceaser nak keluarkan Adam. Seriau hoi!

Takpe-takpe.. go with the flow. Tak payah nak risau sangat. Nanti stress mak. Tak payah nak fikir bukan-bukan. Allah ada. Family ada. Deng. Dah kenapa nak emo pepagi ni.

Jom tengok pics2 yang aku ambik kat insta ngan FB. Layan....





Jom layan cempedak goreng. Jiran bagi cempedak, satu rumah semerbak bau. *Pening*








Pokok Ikea. Nak beli yang betul punya memang tak terjaga. Paling tahan lama pun 2 minggu pastu. Beli yang pelastik sudah. Penyejuk mata kata ko.







Lunch sambal ayam. Masa ni papa outstation. So kami bertiga sajo.








Result Amira periksa penggal pertama yang lepas. Bijak macam mama dia. *Sekehkepala*
Amira ni aku tengok, bukan jenis suka buat review ke, baca buku ke.. Kiranya malas la kalau nak study. Aku ni yang naik pening kepala kalau dia asyik main je, padahal exam nak dekat dah. Yela, walaupun darjah 1, masa ni la kita nak latih dia kena rajin baca buku. Kalau bukak buku pun sebab nak buat homework. Tapi bila time exam agaknya dia keluarkan semua apa yang cikgu ajar. Terkejut juga bila tengok result dia. Keep it up!








Baru pas mandi, malas nak pakai baju. *Urutdada*







Appa Amma




Ok tu je, nanti kita sambung lagi. Mata aku ni sebelah kanan rasa rabun. Tak nampak clear sangat. Ramai kata sebab hormon mengandung. Ok, tak risau sangatla. Harap-harap lepas bersalin mata ok.


Ok, Babai
Muahs



Wednesday, September 24, 2014

Kemunculan semula *poyo*


Assalamualaikum darlings.

Ye, aku masih hidup di muka bumi ini. Masih bernafas. Punca aku tak update? Harus la pemalas. 

Korang pe kabar? Harap-harap semua sihat la hendaknya ye....


Aku cuba nak stop blogging. Tapi rasa cam tak boleh. Tangan ni rasa gatal je nak menaip, nak luahkan perasaan yang terpendam sampai otak pun jem.

Kehidupan aku masih macam biasa, amira dan adam makin membesar. Papa pun apa kurangnya makin mengembang dengan jayanya. Oh ya aku pun mengembang gak.. Tapi mengembang ada baby ye korang.... Hihihihi Alhamdulillah, aku pregnant Insha Allah anak ketiga.. Harini dah 16 weeks kiranya dah 4 bulan kandungan. Alhamdulillah.

Tak merancang pun nak ada baby, tapi Allah maha berkuasa jadi kita terima amanah Allah ni. Kita jaga semampu yang boleh. Bertambah meriah la family kecik aku ni nanti. Insha Allah.

Ok, nanti-nanti kita sambung ye.

Papai.

Thursday, March 27, 2014

Pandora Imitation



Hi korang :)

Alaaa lamanya tak update blog.. Bz bz bz..

Ni pun nak cerita kejap je. 

Korang minat tak Pandora tapi tak mampu nak beli. Ala kita beli je yang imitation. Sama je. Ni la nak cerita aku dah buat bisnes Pandora. Tapi yang imitation je. Aku buat bisnes ni khas untuk lady2 di luar sana yang teringin nak pakai Pandora tapi takde budget nak beli yang ori. Kualiti lebih kurang sama je pon ngan ori. 


Aku pic gambar sikit. Banyak koleksi lagi. 




























Jom gi website FB aku

 

Insha allah aku bagi diskaun kat kawan2 blog. FB aku  Zzurina Add aku ok..

Bai korang. 

Muah





Monday, March 3, 2014

Citer weekend dan semalam :)



Hai korang :)

Weekend lepas ada jemputan birthday party officemate papa. Mula-mula aku  malas kot nak ikut sebab buat pukul 10 pagi kat Titiwangsa. Alahai tido lagi sedap. (melampau)

Setelah di pujuk anak-anak malam tu, oklah mama pergi. Papa request minta buat kek. Ok, malam jumaat tu gi cari butter. Aku kalau orang mintak buat kek memang semangat. Cuba kalau suruh lipat kain, lemau je badan. Haha.

So malam tu buatlah muffin. Yang biasa je. Gambar tak snap sebab rasa penat giler malam tu. Pukul 11 baru settle semua. Hoi penat.. penat......

Pagi besok bangun breakfast alas perut je sebab nanti nak makan banyak. Cuaca mak ai panas. Dah siap semua jom gerak gi titiwangsa.

Ok panas. Pastu jem. Kat titiwangsa packed giler. Aku tengok ada budak-budak sekolah pakai baju sukan gi merentas desa kot. Merentas desa kat titiwangsa ke dik? 

Pic sebelum pergi.





 Tempat makan-makan tu sebelah playground je ye... Mana budak-budak tak naik hantu. Eh anak aku je naik hantu, yang lain relax je.





 Aku cakap dah aku gemok. Bertambah gemok. Tu bukan mengandung tau. *tutupmuka*




 Panasss nak oiiii





 Belon tu bukan aku punya. Aku tukang pegang. Bukan nak samakan pipi aku ngan belon tu. Jangan salah faham.






 Kek indulgence. Sedap. Tapi dek panahan mentari, kek tu dah mencair sikit.






 Ni part aku suka. Macam-macam makanan ado. Mee kari, nugget, sosej, muffin (ehem aku punya), agar-agar. Paling best air lai chee kang. Mantop.




 Cam biasa papa mendoakan. Kita mengaminkan.





Adam. Tu pakai kasut yang aku beli kat Misslilyshop. Aku suka sebab kasut tu nampak cam cool sangat. Tapi masa nak pakaikan kasut, mak ai kemain payah.





GELABAH







 Ni gambar petang semalam balik keje. Alhamdulilah hujan lebat. Suka sangat aku.








 Semalam tak payah masak sebab aku tapau lauk kat Sambal Hijau. Korang penah makan sana tak? Tempoyak dia terbaekkk beb. Ok so masa lapang petang semalam kita buat marble kek. Bahan semua dah ado.







 Cedap.



Okla korang.. Hingga ketemuk lagi....










Tuesday, February 25, 2014

Shopping kat MissLilyShop.My



Lunch harini gi teman member shopping kat Misslilyshop dekat dengan Wangsa Maju. Eh kalau korang tinggal area sinun tau la kot kedai ni. Aku first time datang . Sebelum ni pernah rasanya baca review blogger pasal kedai ni.









Kawan aku suruh snap gambar tangga ni. Motif? 



  Kedai ni ada jual kasut, baju, beg, kosmetik, jam, biskut dan lain-lain.

















 Nice deco















 Aku minat kat dress ni. Cantik. Harga RM55. Bagi aku murah la. Tapi last-last tak beli jugak sebab aku rasa nantila dulu.



 Ni kaler hijau. Cantik tau.





 Ok lepas shopping, makan kat restaurant yang sama bangunan dengan kedai. Oh aku lupa apa nama restaurant ni. So, aku ambik mehun kari. Sedap. Harga murah RM5.90. Mano nak dapek?






Ni yang aku beli. Kasut adam dan mira. Ye, kasut adam lagi besar dari kasut kakaknya. Tapi, aku main rembat je kasut ni sebab tak tau saiz. Harap-harap muat. Kalau tak, aku lelong. Harga sepasang RM25. Beli 2  pasang RM40.


Review aku pasal kedai ni? Hmmmmm not bad la. Biasa je. Aku ingat barang-barang kat situ pakai branding sendiri. Tapi tak.  Lagi satu aku rimas sikit bila SA tu asyik membontot kita ikut mana kita pegi. Masa aku tengok baju kat depan cermin pun dia ada. Helloo?



Muahs

XOXO


Sunday, February 23, 2014

Salam Sejahtera!


Assalamualaikum,
Ohaiyogozaimasu!


Melampau betul ko nyah. Lama dah tak update. Bz sangat ke mengalahkan Najib? Sampai takde masa nak update blog. Amboi melampau betul.

Hello korang, sudah makan? sudah tido? sihat tak? masih gemok lagi ke? Ok itu biadab.

Sorry la lama tak update. Takde bz mana pun. Tapi malas. Tangan kanan dan kiri dah gemok sangat so berat nak angkat jari jemari nak taip blog. Takpe harini kita start blogging u olls *harapantinggi*.

Ok, sekarang ni cuaca panas membahangkan? Malam tadi aku tak boleh tido ye kawan-kawan. Sebab panas rasanya. Dah berkemban pun panas lagi ye. Tak boleh tahan biar budak-budak tido dalam bilik, aku tarik comforter tido kat depan. Pasang aircond. Ok nyaman sikit. Aircond kat bilik tu aku rasa dah tiba masa nak kena servis. Hoi panas sangat.

Bila dah cuaca panas ni, mula la asyik nak mengamuk je. Adam noty je aku mengamuk. Mira buat perangai je pun aku mengamuk. Eh citer pasal budak2 ni, minggu lepas diorang demam. Mira suspect denggi. Ya Allah, melepet je budak tu. 5 hari tak makan. Tak boleh nak bayangkan. Sedih weh. Hari2 aku menangis kot tengok dia macamtu. Tak kisahla orang nak kata aku cembeng ke, sikit2 nak nangis ke, lantakla. Aku tak boleh kalau anak2 aku sakit terlantar macamtu. Ujian Allah untuk aku dan family. Tapi Alhamdulillah berkat doa diorang dah sembuh.

Ok citer lain. Rina tak baking lagi ke? Giler ko aku tak buat kek? Kan aku cakap tu hobi aku sekarang. Atleast seminggu sekali kena buat kek. Anak-anak suka. Cicah milo sedap katanya kalau makan butter cake tu.




I love u (tetiba)





:Choc cup cake layered with cream cheese:




Oh nak cerita jugak, bulan lepas ada sorang pegawai ofis aku kena transfer keluar sebab naik pangkat. Sedih tau sebab dia baik. Yang baik-baik semua kena tukar. Yang macam Nam Jahanam semua bertepek je kat ofis ni. Hmmph!





I am gonna mish u cik mazia.



Ok la tu je kot nak citer buat masa ni.

Lain kali kita borak lagi tau.


Muah.

Jangan ada benci,

Rina Mazlan




Monday, January 20, 2014

Mines Wellness Hotel



Assalamualaikum, good morning. 


Haritu masa cuti sekolah bawak budak-budak gi cuti kat Mines Wellness Hotel di Seri Kembangan. Memang cari yang dekat-dekat je sebab malas nak pergi yang jauh. 

Ok, ini adalah kali pertama aku datang sini. Bersebelahan dengan Mines shopping mall tu. Dekat je dari kl. Satu jam lebih sampai dah. Nak cari pun senang.




 Anja, Amira dan Adam. Anja tu anak buah aku selalu gak bawak dia ikut sekali kalau gi bercuti. Ni masa baru sampai after mama check in.





 Lepas ambik kunci pelayan cakap, `Nanti ada van datang hantar ke bilik'. Konfius jap aku. Napa nak kena naik van. Ok takpelah syok jugak dah lama tak naik van.  =)




Ala tak sampai 5 minit dah sampai. Aku tengok dari luar macam chalet. Wow. Cantik.





 Puas hati bilik besar. Oklah.











 Ni paling aku suka, View dari varendah. Tenang.





 Mak datin




Kawasan kat sini memang cantik. Sejuk je. Sebab banyak pokok hijau. So lepas letak beg semua kita keluar cari makan kat Mines. Jalan kaki je sebab kat sebelah je pun. Tapi berpeluh-peluh jugak berjalan.



Rasanya nak dekat 10 tahun tak datang Mines. Dulu masa duduk putrajaya selalu datang sini. Omg banyak betul dah berubah. Tak tau nak makan apa so lepak KFC je. Punya la ramai orang. Beratur panjang. Mencik.


Pas makan balik bilik terus mandi-mandi.



Mandi dalam tasik. Ni aku rasa tasik buatan la kot kan. 













Hahaha...  suka tengok gambar ni. Tak tentu arah nampaknye ye di situ. Adam macam biasa, Lasakkkkkkkkk bukan main. Semput dibuatnya.







Balik bilik mandi kat bathtub pulak. Lantok ler.


Aktiviti malam hanya lepak dalam bilik. Nak gi mana pun kan. Main-main hantu ngan budak-budak. Aku jadi hantu. Last-last aku yang tak dapat tido. Cit.




Good morning sayang. Ok jom gi sarapan dulu kat mamak sebelah.





Check-out. Pakai baju semalam. Ada aku kisah?



Ok korang. Bai.

Muahs











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...