Sunday, April 28, 2013

Kedai Makan Upin & Ipin


Hari sabtu adalah hari aku tak sihat. Sakit tekak, sakit kepala semua pakej ado. Takde mood nak masak. Kita makan luar sajok. Dah lama nak try makan kat kedai Upin Ipin. Selalu  lalu je, tengok kedai kita jeling je. So hari sabtu, ajak papa gi sana. Mesti budak-budak suka ni.




 Menu please



Bila sampai kat sana cari parking. Nasib ada jugak parking. Tapi kereta memang banyak. Turun je kereta, ada orang panggil aku. Ingat sapa, rupanya ex KPL dulu. So sweet dia masih cam aku walaupun aku dah tak berapa nak kurus... :P




Kitorang duduk dekat dengan TV. Ha macamtula rupa adam tengok citer upin ipin. Kat kedai pun sama.




 Kakak pun layan
 
 
 
 
 Gambar kat dinding. Banyak lagi gambar, tapi malu la nak amik gambar.



Aku oder laksa, nasi ayam, kuetiow goreng. Air ais lemon tea, milo panas dengan botol upin ipin anggur. Yeke anggur? Ntahla dah lupa. Tapi kaler purple.





 Hot milo.
 
 
 


 Kue tiow ni sedap. Serius. Pinggan bosa nak mampos. Boleh buat topi.
 
 
 
Assam Laksa. Aku rasa baik dia tukar nama jadi Laksa Gula. Takpun Laksa Sira.
Manis kottttttttt. Aku suap 2-3 sudu je. Ratah ikan. Ikan dia bagi besar-besar. Tapi pehal manis eh? Tak paham aku.
 
 
 
 
 
Ha. Memang pun. Papa kena abiskan semua. Kue tiow tu aku abiskan. Sebab sedap.
 
 
Gambar nasi ayam papa aku lupa nak snap. Tapi aku rasa sikit nasi dia mentah sikit. Sebab bila kita makan, rasa keras. Tapi habis gak papa sapu.
 
 
 
Bagi pendapat aku, oklah restoren ni. Suka-suka bawak anak. Makanan dia pun ok je la.  Walaupun banyak kena diperbaiki. Harga semua tiga puluh lebih. Bolehla...
 
 
Ok, talk later
 
 
XOXO
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, April 24, 2013

Ayah


Assalamualaikum
 
Haritu mama aku admit KPJ sebab sakit lututkan? Semalam ayah aku pulak sebab sakit usus. Alahai kesian ayah. Kalau aku duk seremban bolehlah jaga. Ni mama aku terpaksa on leave. Mama keje kat KL jugak. Travel seremban-kl. Lagi kesian. Tu yang dapat sakit lutut haritu. :(
 


Harini by morning ayah akan operate usus. Ni masuk kali kedua. Yang 1st, tahun lepas. By 1.30pm tadi aku kol mama, dia bagitau ayah tak sedar lagi. Kuat agaknya ubat bius tu.




Get well soon ayah.
 
 
 
Kawan-kawan.. doakan ayah aku cepat sembuh. Inshaa allah.
 
 
xoxo

Sunday, April 21, 2013

Tq Nuffnang



Assalamualaikum
 
Pagi tadi datang opis terus check Nuffnang. Seronok tengok bila amount increase. :)
 
Aku dah berblogging lama. Cuma lately baru serius dengan Nuffnang. Time blog lama, memang ada Nuffnang tapi password tak ingat. Nak change password kena pakai email ofis lama, memang takde la kan.  So create Nuffnang baru. Agaknya  yang blog lama tu dah beratus ribu duit aku. Hihii poyo amat.



Baru aku tau macamana nak menjana pendapatan dengan Nuffnang ni. Takpe, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.




Thank you again Nuffnang!
 
 
 
XOXO
 

Colgate your oral health expert!

*sticky post*


Hari-hari mesti kena gosok gigi. Ada ke yang malas gosok gigi? Nak kena babab ni. Bangun pagi, lepas makan, sebelum tido mesti kena gosok gigi. Sebab apa? nak buang sisa-sisa makanan yang melekat di celah gigi. Kalau dibiarkan, akan menjadi punca masalah gigi. gigi berlubang, sakit gusi dan sebagainya.





Suka sangat dengan cap yang baru. Bukak pakai ibu jari je pun boleh.
 
 
 
 
 
 
 
Ok ni yang latest aku rasa. Optic white. Tak pernah cuba tapi kena beli jugak nanti.
 
 
 
 
 

Mana tau nanti boleh senyum menawan macam faz.
*pic google*
 
 
 
 
 
Beautiful
*pic google*
 
 
 
 
 
Just perfect
*pic google*
 
 
 
 
Tak cantik macam fazura pun takpelah. Janji hidung aku lagi besar dari dia. *libas rambut*
 
 
 
 
 
 

Tuesday, April 16, 2013

kuih manis adek manis


Tadi ada jamuann birthday bos. Makan nasi tomato lauk sambal ayam. Pencuci mulut adalah kuih koci dengan kuih kole. Ha sedap? Manis dan menyelerakan.
 
 
 
Curik gamba instagram aku. Boleh abis ke ni?
 
 
 
Semalam start workout Jillian. Tak larat. Baru sebulan stop rasa merangkak-rangkak mintak nyawa lepas senam. Bangun pagi tadi rasa badan sakit-sakit. Tapi rasa best. Rasa puas.
 
Eh apa ni. Dah letak gambar kuih sedap citer pasal senam pulak. What is wrong with u girl??
 
*saikosebabbanyakmakan*
 
 
 
xoxo
 
 
 

Spageti goreng


Semalam aku terpaksa cuti sebab amira batuk-batuk. Kesian pulak nak suruh dia pegi sekolah. Aku pun terjebak tak pergi keje. 
 
Tak pergi mana pun. Keluar gi breakfast kat mamak then balik. Ingat petang nak kuar gi jenjalan kat OU ke, tapi akibat cuaca panas sangat terus cancel. Elok-elok budak tu batuk terus kena demam pulak. So duk rumah dendiam. Bila tengahari perut dah lapar. Nak masak nasi cam boring je. Godek almari nampak spageti ada lagi. Ok jom masak spageti.
 
 
 
 
 


 Rebus spageti




 Maaf gambar teleng. Bahan yang ada di dalam gambar, ciliboh, cendawan, cili. Yang tiada di dalam gambar, bawang merah, bawang putih, udang kering, sos tiram, sos tomato.

Udang kering, bawang merah/putih diblend ye puan-puan.






 Tetiba terus dah siap. Magik sungguh. 








 Tepon papa mintak belikan putu. Boleh pulak aku lupa apa ke nama kuih ni. Papa tanya nak kuih apa? Errrr....rrrr ala kuih ijau tu. Kuih apa ijau?? Errr alaaaaa yang ada gula merah ngan kelapa tu. Apa ke nama dia... pulut? eh apa eh lupa. Ok bai. Terus letak tepon. Tak romantik sungguh.






Nak makan spageti ke nak makan tepon bang?
 
 
 
Sejak dua menjak ni, rajin bebeno aku masak. Kalau tak tu seminggu sekali dua je kot dapur berasap. Bertuah dapat bini cam aku. Khen??
 
 
Harini amira dah gi sekolah. Nampak elok sikit. Tido semalam pun takla kung kang batuk. Lena je dia tido. Cuma pagi tadi aku dah siap baru dia bangun. Tak larat sangat tu makan ubat batuk semalam. Mesti mengantuk.
 
 
Ok nak sambung wat keje.
 
 
xoxo
 
 
 
 

Sunday, April 14, 2013

Selamat Pagi


Morning, happy monday ladies.
 
 
How was ur weekend? Aku biasa-biasa aje. Lepaking kat rumah dengan Papa and kids. Eat and sleep. :)
 
Petang ahad jela keluar gi round KL. Tak keluar kereta pun. Tapi rasa menyesal sikit sebab JAM. Eh tapi bila lalu kat jalan TAR tu, walaupun dalam kereta mata aku ni bagai helang boleh spotted baju-baju kurung  yang murah.  Nasib dalam kereta. Takpe, nanti ada peluang lagi nak pergi shopping kat sana dengan papa. Tak boleh bawak amira n adam. Nanti meragam.
 
 
Ok. So ni je yang aku masak haritu.



 Lempeng dan sambal tumis







 Kangkung goreng. Amira siap ratah kangkung ni sambil tengok utube. =)
 
 






Sambal Ayam fav adam n amira
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pagi tadi nak gi keje jam macam haram so aku snap papan iklan ni, sebab sangat vintage tau.  I lovee vintage so much. Thumbs up Nescafe!
 
 
 
 
Di kesempatan ini, aku nak wish happy birthday to my mother. Yang ke 54. Ya Allah ya tuhanku, Kau berilah limpah rahmat kepada ibuku, Kau sayangilah ibuku seperti mana dia menyayangiku, Kau berikanlah ibuku kesihatan. Amin.
 
 
Rina sayang mama.




xoxo

Thursday, April 11, 2013

Simply Siti sangat



Harini nak kepoh pasal eyeliner. Korang pakai eyeliner tak? Aku kalau nak pergi kerja is a must tenyeh eyeliner. Kalau tak muka nampak cam tak mandi. Muka baru bangun tido.
 
Brand eyeliner yang selalu aku pakai  Maybeline, Bodyshop, Loreal. Itu yang aku ingat. Latest sekali nak cuba Dato' Siti punya produk.



 First time pakai gel eyeliner.
 
 
 
 






Comey tak kak tun?
 
 
 
First time pakai gel. Ok, not bad. Cuma tak se smooth kalau pakai liquid. Kalau pakai gel ni rasa macam kesat sikit. Kena pandai pakai.
 
Harga dua puluh ringgit lebih kalau tak silap aku.
 
 
ok talk later,
 
 
xoxo
 
 
 
 

Wednesday, April 10, 2013

Amira turns 6


Happy happy birthday Amira!

Dah 6 tahun. Rasa macam baru je aku beranakkan mira. Sekejapan dah 6 tahun.  Banyak pengalaman pahit manis bersama. Especially, masa arwah papa mira dulu sakit.
 
Tetiba semua jari  statik kat keyboard pc bila teringat kenangan lama. So, baik jangan ingat.

Ok, Sabtu yang lepas aku buat jamuan birthday Amira. Buat sederhana je. Tapi meriah!. Birthday mira was on thursday, tapi kena postponed celebrate hari sabtu. Yela, takkan nak buat jamuan hari kerja kot.
 
Jemputan pun tak ramai, wan mira, adik ipar aku, asoh sebelah rumah dan ofismate.


Tengok gambar je la ye.































Masa potong kek tu, air mata mira meleleh. Aku tak pasti kenapa. Samada, dia terlampau happy, ataupun dia malu/takut sebab crowd focused on her, atau sebab aku takde kat sebelah dia ntahlah aku pun tak pasti.
 
Tapi hati aku ni sebak tengok dia sedih macamtu. Terus dukung dia bawak gi dapur.
 
Amira ni aku tengok bila dia makin membesar, perasaan dia sangat sensitif. Cepat sedih, cepat terasa, merajuk.  Menguji aku sebagai seorang ibu. Tapi Insha Allah aku akan sabar .



I love u sayang.





xoxo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...