Tuesday, December 10, 2013

Ulu Yam piknik



Assalamualaikum, hoaiyo gozaimasu!

Dah breakfast? dah lunch? Yang belum tu gi cepat makan. Yang cuti tu cepat gi dapur angkat tudung saji ada apa. Kosong? gi la masak megi sebarang dua. Yang kat ofis tu (cam aku ni ha tak reti2 nak cuti) cepat2 gi cafe tapau nasi campur. Ooo diet tak boleh makan nasi, takpe kita makan sayur je. Cam tak biasa jadi kambing.  O___-


Haritu ni nak cerita kitorang gi ulu yam. Ha kan dah bagitau entry haritu kan? Alhamdulillah jadi jugak pergi. Ish seronok. Air sejuk, gigil badan. Adam ngan mira gigil2 pun berendam jugak. This is first air terjun for Adam. Dia cam terkujat gak tengok air ada batu2 besar bagai. Sojuk pulak tu!



 Alas perut. Sandwish sardin, nescafe o ngan milo
 
 


 Air yang jernih. Redup.












 Explore benda baru
 
 
 
 
 
 
 Relaxing




 Kakak mira sebuk kutip batu sungai. Papa kata nak kutip takpe tapi tak boleh bawak balik. :)  Oh ya cara berhijab alaf baru tu.. haha










 
 
 
 
 







 Aku kan pencinta hijau dan matahari
 





 Ramai orang juga haritu. Ada yang berkhemah. Agaknya diorang tido sana kot malam tu.






 Si pengutip batu
 
 
 


Hasil kutipan. Cantik kan?
 
 
 
 
 
 


Mamat ni nak kencing. Aku cakap kencing je la dalam air. Taknak nak bukak seluar jugak. Alahai. Pastu seluar hanyut papa kena kejar. Ha tu nak basuh seluar ler tu. :P





Sejuk2 ni perut lapar. Habis ler jugak bekalan. Alhamdulillah.
 
 
 
 
Bagi aku memang seronok. Dekat, jimat, relaxing. Cuma kena bayar parking brapa ha tak ingat.  
RM 2 ke camtu kot. Alah kalau RM10 pun aku sanggup bayar. Berbaloi kan.
 
Gitu la citernya. Sempat piknik yang dekat2 je. Nak gi jejauh tak boleh cuti lagi sebab masih ada kerja di ofis. Eh boring kot?? Ni dah masuk tengah disember dah ni tak cuti2 lagi. Kita ni sang semut merah, kena patuh arahan sang gajah. :P
 
 
Ok sebagai penutup gambar harini, ha ni mesti korang suka tengok. Jom scroll.
 
 
 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*
*
*
*
*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*
*
*
*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*
*
*
*
*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*
*
*
*
*
*
*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*
*
*
*
*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*
*
 
 
*
*
 
 
 
 
HOI PANJANG LAGI KE??
 
 
*
*
*
*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
**
*
*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*
*
*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*
*
*
 
 
 
 
 


Cam comel je. *lempang*
 
 
 
Ok adios.
 
Babai
XOXO




Thursday, November 21, 2013

Happy 4th anniversary!!


Fuh fuhhhhhh fuh.. *tiupsawang*

Hai korang.

Maaf ler AKAK tua ni sibuk sangat tak sempat nak update ni ha. Tu satu. Satu hal lagi password boleh lupa pulak. Nampak sangat lama dah tak terjah blog ni.

Ok semalam tahun keempat anniversary.

Itu pun aku yang cakap kat papa. Dia kata eh bukan 26hb ke? Tu tarikh sanding kot. Dia anggap tarikh sanding adalah anniversary. Comel sangat tu!

Aku sedih sikit sebab dulu ada simpan gambar dalam softcopy. Pas tu tak tau manaaaaaaaaaaaa aku simpan. Sumpah nangis. Godok2 blog lama nasib ada. Huwaaaaaa...







 
 
 
 
 












Gambar pun pecah2. :(

Harapan aku agar tahun keempat ni makin erat kasih sayang antara aku dan papa. Gaduh2 tu perkara biasa. Lempang, sepak, tinju tu semua biasa. Haha. Sheram dengar ye tak.

I love u papa. If only u read this, thank you for loving me, thank you sebab bagi adam (eh) thank you sebab sayang mira, thank you atas segalanya laaaa......

Ok, papa janji besok nak bawak jalan gi Ulu Yam (jerrrrr??) takpela dari takdo. Adam pun tak pernah pegi air terjun. Shukeeeeeeeee.....



Ok sambung keje. Pffft...


Xoxo




Tuesday, October 29, 2013

Happy 3rd birthday Adam!



Pesal pemalas sangat hoi pompuan nak update hah? Bukan malas, tapi bz bona kat ofis. Cerita/gambar banyak nak tunjuk. So sekarang tak tau mana nak citer dulu. -______-

Jumaat lepas harijadi Adam. Waaa cepat je dah 3 tahun. Tahun depan 4 pastu tahun-tahun akan datang nak sekolah pulak macam kakak mira. Terasa ketuaan mak apak ko. Sempat tak nak tambah anak lagi? eh tetiba.

Ok so birthday 25hb hari jumaat kita buatlah jamuan hari sabtu. Mami (mertua) offer buat kat gombak, aku ok je.  Pergi tempah kek kat King hari rabu. Tetiba ko hari khamis papa cakap mami domam. Dah camne? kesian kat mami takkan nak masak jugak kalau tak sihat kan. So takpe, kita buat je kat rumah. Biar mama masak. Terpikir nak masak sesenang je. Spageti ke mee goreng ke. Jemput 5-6 orang cukupla. Haha.

Alhamdulillah, hari jumaat tu mami dah ok sikit. So dia kata boleh masak. Ok kita buat kat gombak! yeay!

Pagi sabtu tu siap-siapla kemas rumah dulu lipat kain bagai (time ni la ko nak lipat kain). Papa beli breakfast roti canai dan tosai tapau makan kat rumah. Dalam pukul 10 pagi macamtu papa kena bawak adik ipar aku pergi workshop kat gombak sebab kereta dia problem. Pastu dia terus nak gi rumah mami. Hoi kemain cepat nak pergi. Majlis start pukul 4. Ok takpelah, budak-budak ikut papa. Aku tak boleh nak pergi awal sebab kek nak ambil kat kawasan rumah aku ni dalam pukul 1. Takkan nak patah balik pulakkan?

Bila diorang dah pergi aku tinggal sensorang kat rumah. Eh bosan pulak. Semua dah kemas. Baju dah gosok. Layan la skyfall jap. Tau-tau jam dah pukul 12. Hoi mandi pun tak lagi. Cargas!

Dah ambik kek terus pecut gi gombak.

Sampai je mami tengah kacau kuah kari. Oo, masak mee kari. Best2. Punah diet.

Aku tolong potong buah je ngan goreng nugget. Pas tu papa saja nak kondem aku, " Hoi pehal nugget hangus ni?" Ooooo... beranik ko ye malukan den depan mertua den. Siap ko.


Tik tok tik tok dah pukul 4. Kemain ramai orang datang. Standard la tu. Mami aku akan jemput semua orang kampung. Lagipun adam famous ok kat gombak tu. Sapa yang tak kenal adam? Dah rupa justin bieber.  *libastudung*




 Kita baca doa dulu. Papa sila cover lubang idong.






 Kek Gangnam. Adam suka sangat lagu gangnam mama beli la kek ni. Suka tak?  Aku tak puashati dengan tulisan tu. Rasa nak je aku lukis sendiri. Main taram je.
 
 
 





Sebelah aku tu mami. Tq mami!
 
 
 
 
 
 

 Tengah nyanyi lagu happy birthday. Ko tengok muka adam. 'Ada aku kesah?'










 Potong kek







 Mama yang excited lebih









Tetamu
 
 
 
 




























 Tepi sikit budak besar nak lalu tu






 Korang hado ambik gambar pegang kepala anak camtu? =P








me n adik ipars







 Amira dengan friend dia








Yang pakai scarf pink tu ibu nor. Kira makcik aku. Rajin melayan adam selalu ajak adam tido rumah dia.  Tq ucu!




Adoi dahla. Penat tangan upload gambar (nade dia tu). Terima kasih kepada semua yang datang, especially to my mami and abah. Tiap2 tahun mesti nak buat jamuan untuk Adam. Terharu sangat.








Happy birthday boy. Mama, papa, kakak love u very much. Jadi anak yang soleh. Nanti mama papa dah tua jaga kitorang tau. Jangan campak kitorang kat rumah orang tua. Nak campak, campak papa je takpe. Muahahahaa. *gila*
 
 
 
 
Ok gojers, thanks for your time.
 
Kita ketemuk di lain hari.
 
 
Babai.
 
Muahs
 
 
XOXO



Monday, October 21, 2013

Koniciwa!




Assalamualaikum and Ohaiyou Gozaimasu!



Bulan lepas (kot)  pergi Festival City.
Saja jalan2 bawak bebudak. Mak budak yang lebih excited. Macam tak biasa.

Sampai sana jalan sana sini, lapar singgah ayam penyet kat situ. Nama sebenar tak tau. Yela kan sekarang ni banyak versi ayam penyet. Ayam wan solo la, ayam penyet la, memacam. Eh betul ke wan solo? suka ati je kan.



Dengan anak dara. Embam embam.
 
 
 
 

Anak bujang
 
 
 
 
 
 

 Baik dia duk dendiam makan eskrim ye... Ayang mama ni...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Takde makna. Tak panas lagi bontot duk kat kerusi dah nak memanjat. Adam memang tak boleh duduk diam. Bebudak memang camtu eh?
 
 
 
 
 

 Ratu. Pedas gila babas. Tapi sodap.
 
 
 
 
 



 Tak mesra camera pada ketika itu. Tak sporting. HmmmmH.






Alololo budget comel. Lawa dagu berlipat kak.
 
 
 
 
 
 
 
 

 Zack dan Azura. Tiba2 pulak khen.




Tu la di antara gambar yang sempat di ambil. Oh ni nak cerita. Lepas makan tu terus balik. Cari kereta tak jumpa. Sesat ko. Berpeluh2 ai nak cari kereta tau padahal kereta parking kat belakang je, kitaorang gi tawaf satu bangunan cari. Andai angat iye.


Sebelum nak cakap babai nak bagi korang tengok satu gambar ni. Dalam pada papa takde mood nak bergambar tu kan, sempat dia amik gambar satu ni. Aku terharu sangat. Tak sangka papa rupanya sayang kat aku. Sob sob sob....

 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*













Ala sedapnye tengah makan tu. Kenapa buat muka macamtu? Ala kiutnya.
 
 
 
 
 
 
Papaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
 
 
 
 
 
 
Ok babai.
 
XOXO
 
 
 
 
 

Tuesday, October 15, 2013

Meroyan




Dikala ini waktu tepat pukul 9.00 pagi aku terpacak ada kat meja ofis. Sedangkan manusia yang lain masih membelek rendang daging dan lemang ataupun nasi impit.

Dan aku hanya sempat me'napau' mee goreng dan teh tarik beserta sekeping kek buah berharga 50 sen. 50 sen ye. Dah la halus je kek tu. Sekali ngap je. Mahal sungguh.

Dikala ini juga aku hanya menjeling bungkusan mee goreng itu. Tak terdetik lagi di hati ini untuk mengisi perut. Tak terasa lapar. Sebab keseorangan. Kawan-kawan yang janji sehidup semati, lautan api sanggup direnangi hampeh tak datang keje lagi. Aku ni manja. Kalau makan nak kena berteman. Gosip girl sangat.

Dikala ini juga (berapa kali daaa di kala) aku seperti seakan mahu pulang. Aku rindu akan bantal busuk yang sedia menanti di hujung katil. Yang setia bersama ku bertahun-tahun. Ye, aku sayang kamu antal ucuk.

Amira dan adam anak-anak mama tu tengah buat apa? Janganla korang serabutkan kepala mami yang sudi menjaga cucu di kala (lagi?) menantu mu ini sedang bekerja. Mencari sesuap nasi. Kais pagi makan pagi kais malam makan malam. Ayam kah?

Juga untuk suami ku. Si papa. Jangan ingat papa di sana mama di sini so papa boleh bermaharajalela. Mata tu jaga sikit. Jangan pandang kelain. Setiala dengan mama seperti yang mama lakukan. Sumpah mama tak pandang pun jejaka hensem. Sebab memang takde jejaka hensem kat ofis mama ni. Semuanya masam belaka. Percayalah walaupun papa buncit tapi mama suka. Sedap peluk.


Dikala aku leka menaip coretan puitis ini, perut tiba-tiba memanggil minta diisi. Maaf perut kerana aku mengabaikan kamu. Tunggu ye. Sebentar lagi mee goreng akan bertemu kamu wahai si perut.


Dah. Bai.




Perempuan me-ro-yan




O____O





Sunday, October 13, 2013

Barang sudah sampey





Sambungan entry minggu lepas. *mak ai kemain lama*


Dipendekkan cerita, haritu aku oder barang kat BBW . First time beli barang kat situ. Aku beli perfume. Mula2 was2 jugak takut bukan ori kan. Tapi bila tengok review dari kawan2 punya blog ok dengan ini saya mesti pilih!

Aku bukan tiap bulan beli perfume pun. Setahun sekali je rasanya. Perfume Lancome Tresor aku dah abis. Last aku beli rasanya 3 tahun lepas. Beli online jugak. Masa tu harga murah. RM200 boleh dapat untuk 100ml. Sekarang ni dah naik ke RM280 macamtu kalau tak silap. Dah 2 kali beli perfume tu. Sebab aku suka sangat bau dia dah tahan lama. Adik ipar aku bau kata perfume orang tua. *nampaksangatoldskol*

Tapi tak kisahlah aku dah suka memang tu je la... Lancome Tresor di antara perfume yang aku suka. Perfume lain aku beli gak. Romance Ralph Lauren, Elizabeth Arden, Christian Dior, Tommy eh banyak lagi lah. Ada yang dah habis, ada yang botol dah pecah. Perfume CD aku tu ingat lagi masa amira baru pandai nak berjalan dia tarik perfume tu jatuh berderai. Aku tenung je tengok perfume tu melimpah. Hoi anak ko tau tak perfume CD adalah mahal??


Takpe jangan dikenang perkara yang sudah.

Ok sambung cerita..

So jumaat lepas ada la ofis boy yang menghantar barang aku. Aku ingat dia pos. Rupanya by hand. Suka suka suka.




MMMMmmmm cak!!
 
 
 
 
 
 

Alololo omey dia ni... come to mama..
 
 
 
 
 
 
 
 

Suka suka. Aku cek siap2 tengok ori ke tak. Goncang dulu. Tengok buih banyak. Ok pas. Pastu tengok tiub dia halus ok pas. Memang ORI...... ngeee. Bau dia..... omg. Sangat harummmm.....





Ok aku nak share tips dengan korang nak tengok perfume tu ori ke tak. First biasalah ko tengok kotak dia. Kalau printed tu semacam je memang fake la. Then tengok tiub dia. Macam korang tengok dalam gambar tu tiub dia halus kan? Kalau fake, tiub tu besar/lebar sikit.  Tips no 2 korang goncang. Kalau ori buih dia akan lambat hilang. Kalau fake ko goncang sekejapan je buih dia hilang. Maksudnya banyak air. Tu tiruan la tu ye anak2....

Selain tu bau ori akan tahan lama lah. Tu semua orang tau kot.

Ok dah beli perfume baru. So no more perfume lagi tahun ni. Tahun depan baru beli. (eleh lagi 3 bulan nak tahun depan) Eh lupa nak bagitau. Harga perfume tu RM198/75ml. Harga paling murah aku rasa. Kalau kat tempat lain mungkin RM2++. 


Oh di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat islam. Selamat menunaikan ibadah korban. Jangan lupa buat sup tulang. Hoi sedap.








Babai.
Muahs.
 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...