Tuesday, October 29, 2013

Happy 3rd birthday Adam!



Pesal pemalas sangat hoi pompuan nak update hah? Bukan malas, tapi bz bona kat ofis. Cerita/gambar banyak nak tunjuk. So sekarang tak tau mana nak citer dulu. -______-

Jumaat lepas harijadi Adam. Waaa cepat je dah 3 tahun. Tahun depan 4 pastu tahun-tahun akan datang nak sekolah pulak macam kakak mira. Terasa ketuaan mak apak ko. Sempat tak nak tambah anak lagi? eh tetiba.

Ok so birthday 25hb hari jumaat kita buatlah jamuan hari sabtu. Mami (mertua) offer buat kat gombak, aku ok je.  Pergi tempah kek kat King hari rabu. Tetiba ko hari khamis papa cakap mami domam. Dah camne? kesian kat mami takkan nak masak jugak kalau tak sihat kan. So takpe, kita buat je kat rumah. Biar mama masak. Terpikir nak masak sesenang je. Spageti ke mee goreng ke. Jemput 5-6 orang cukupla. Haha.

Alhamdulillah, hari jumaat tu mami dah ok sikit. So dia kata boleh masak. Ok kita buat kat gombak! yeay!

Pagi sabtu tu siap-siapla kemas rumah dulu lipat kain bagai (time ni la ko nak lipat kain). Papa beli breakfast roti canai dan tosai tapau makan kat rumah. Dalam pukul 10 pagi macamtu papa kena bawak adik ipar aku pergi workshop kat gombak sebab kereta dia problem. Pastu dia terus nak gi rumah mami. Hoi kemain cepat nak pergi. Majlis start pukul 4. Ok takpelah, budak-budak ikut papa. Aku tak boleh nak pergi awal sebab kek nak ambil kat kawasan rumah aku ni dalam pukul 1. Takkan nak patah balik pulakkan?

Bila diorang dah pergi aku tinggal sensorang kat rumah. Eh bosan pulak. Semua dah kemas. Baju dah gosok. Layan la skyfall jap. Tau-tau jam dah pukul 12. Hoi mandi pun tak lagi. Cargas!

Dah ambik kek terus pecut gi gombak.

Sampai je mami tengah kacau kuah kari. Oo, masak mee kari. Best2. Punah diet.

Aku tolong potong buah je ngan goreng nugget. Pas tu papa saja nak kondem aku, " Hoi pehal nugget hangus ni?" Ooooo... beranik ko ye malukan den depan mertua den. Siap ko.


Tik tok tik tok dah pukul 4. Kemain ramai orang datang. Standard la tu. Mami aku akan jemput semua orang kampung. Lagipun adam famous ok kat gombak tu. Sapa yang tak kenal adam? Dah rupa justin bieber.  *libastudung*




 Kita baca doa dulu. Papa sila cover lubang idong.






 Kek Gangnam. Adam suka sangat lagu gangnam mama beli la kek ni. Suka tak?  Aku tak puashati dengan tulisan tu. Rasa nak je aku lukis sendiri. Main taram je.
 
 
 





Sebelah aku tu mami. Tq mami!
 
 
 
 
 
 

 Tengah nyanyi lagu happy birthday. Ko tengok muka adam. 'Ada aku kesah?'










 Potong kek







 Mama yang excited lebih









Tetamu
 
 
 
 




























 Tepi sikit budak besar nak lalu tu






 Korang hado ambik gambar pegang kepala anak camtu? =P








me n adik ipars







 Amira dengan friend dia








Yang pakai scarf pink tu ibu nor. Kira makcik aku. Rajin melayan adam selalu ajak adam tido rumah dia.  Tq ucu!




Adoi dahla. Penat tangan upload gambar (nade dia tu). Terima kasih kepada semua yang datang, especially to my mami and abah. Tiap2 tahun mesti nak buat jamuan untuk Adam. Terharu sangat.








Happy birthday boy. Mama, papa, kakak love u very much. Jadi anak yang soleh. Nanti mama papa dah tua jaga kitorang tau. Jangan campak kitorang kat rumah orang tua. Nak campak, campak papa je takpe. Muahahahaa. *gila*
 
 
 
 
Ok gojers, thanks for your time.
 
Kita ketemuk di lain hari.
 
 
Babai.
 
Muahs
 
 
XOXO



1 comment:

^cinta saya^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...