Sunday, October 13, 2013

Barang sudah sampey





Sambungan entry minggu lepas. *mak ai kemain lama*


Dipendekkan cerita, haritu aku oder barang kat BBW . First time beli barang kat situ. Aku beli perfume. Mula2 was2 jugak takut bukan ori kan. Tapi bila tengok review dari kawan2 punya blog ok dengan ini saya mesti pilih!

Aku bukan tiap bulan beli perfume pun. Setahun sekali je rasanya. Perfume Lancome Tresor aku dah abis. Last aku beli rasanya 3 tahun lepas. Beli online jugak. Masa tu harga murah. RM200 boleh dapat untuk 100ml. Sekarang ni dah naik ke RM280 macamtu kalau tak silap. Dah 2 kali beli perfume tu. Sebab aku suka sangat bau dia dah tahan lama. Adik ipar aku bau kata perfume orang tua. *nampaksangatoldskol*

Tapi tak kisahlah aku dah suka memang tu je la... Lancome Tresor di antara perfume yang aku suka. Perfume lain aku beli gak. Romance Ralph Lauren, Elizabeth Arden, Christian Dior, Tommy eh banyak lagi lah. Ada yang dah habis, ada yang botol dah pecah. Perfume CD aku tu ingat lagi masa amira baru pandai nak berjalan dia tarik perfume tu jatuh berderai. Aku tenung je tengok perfume tu melimpah. Hoi anak ko tau tak perfume CD adalah mahal??


Takpe jangan dikenang perkara yang sudah.

Ok sambung cerita..

So jumaat lepas ada la ofis boy yang menghantar barang aku. Aku ingat dia pos. Rupanya by hand. Suka suka suka.




MMMMmmmm cak!!
 
 
 
 
 
 

Alololo omey dia ni... come to mama..
 
 
 
 
 
 
 
 

Suka suka. Aku cek siap2 tengok ori ke tak. Goncang dulu. Tengok buih banyak. Ok pas. Pastu tengok tiub dia halus ok pas. Memang ORI...... ngeee. Bau dia..... omg. Sangat harummmm.....





Ok aku nak share tips dengan korang nak tengok perfume tu ori ke tak. First biasalah ko tengok kotak dia. Kalau printed tu semacam je memang fake la. Then tengok tiub dia. Macam korang tengok dalam gambar tu tiub dia halus kan? Kalau fake, tiub tu besar/lebar sikit.  Tips no 2 korang goncang. Kalau ori buih dia akan lambat hilang. Kalau fake ko goncang sekejapan je buih dia hilang. Maksudnya banyak air. Tu tiruan la tu ye anak2....

Selain tu bau ori akan tahan lama lah. Tu semua orang tau kot.

Ok dah beli perfume baru. So no more perfume lagi tahun ni. Tahun depan baru beli. (eleh lagi 3 bulan nak tahun depan) Eh lupa nak bagitau. Harga perfume tu RM198/75ml. Harga paling murah aku rasa. Kalau kat tempat lain mungkin RM2++. 


Oh di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat islam. Selamat menunaikan ibadah korban. Jangan lupa buat sup tulang. Hoi sedap.








Babai.
Muahs.
 



2 comments:

  1. wahhh! mmg oldskul sikit la, wakakaka..tp klw dah wangi, bau dia sedappp! klw minyak gamat bau wangi pon, sy pakai kak..hahahaha

    ReplyDelete
  2. kita jrang nak beli perfume memahal..hihik2.. sebab suka pening bila bau perfume kuat2.. ;)

    ReplyDelete

^cinta saya^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...