Tuesday, October 15, 2013

Meroyan




Dikala ini waktu tepat pukul 9.00 pagi aku terpacak ada kat meja ofis. Sedangkan manusia yang lain masih membelek rendang daging dan lemang ataupun nasi impit.

Dan aku hanya sempat me'napau' mee goreng dan teh tarik beserta sekeping kek buah berharga 50 sen. 50 sen ye. Dah la halus je kek tu. Sekali ngap je. Mahal sungguh.

Dikala ini juga aku hanya menjeling bungkusan mee goreng itu. Tak terdetik lagi di hati ini untuk mengisi perut. Tak terasa lapar. Sebab keseorangan. Kawan-kawan yang janji sehidup semati, lautan api sanggup direnangi hampeh tak datang keje lagi. Aku ni manja. Kalau makan nak kena berteman. Gosip girl sangat.

Dikala ini juga (berapa kali daaa di kala) aku seperti seakan mahu pulang. Aku rindu akan bantal busuk yang sedia menanti di hujung katil. Yang setia bersama ku bertahun-tahun. Ye, aku sayang kamu antal ucuk.

Amira dan adam anak-anak mama tu tengah buat apa? Janganla korang serabutkan kepala mami yang sudi menjaga cucu di kala (lagi?) menantu mu ini sedang bekerja. Mencari sesuap nasi. Kais pagi makan pagi kais malam makan malam. Ayam kah?

Juga untuk suami ku. Si papa. Jangan ingat papa di sana mama di sini so papa boleh bermaharajalela. Mata tu jaga sikit. Jangan pandang kelain. Setiala dengan mama seperti yang mama lakukan. Sumpah mama tak pandang pun jejaka hensem. Sebab memang takde jejaka hensem kat ofis mama ni. Semuanya masam belaka. Percayalah walaupun papa buncit tapi mama suka. Sedap peluk.


Dikala aku leka menaip coretan puitis ini, perut tiba-tiba memanggil minta diisi. Maaf perut kerana aku mengabaikan kamu. Tunggu ye. Sebentar lagi mee goreng akan bertemu kamu wahai si perut.


Dah. Bai.




Perempuan me-ro-yan




O____O





1 comment:

  1. whoaaa terkesan sungguh baca novel nie...erkkk novel? hahahahaa

    ade bakat menulis tu :)

    ReplyDelete

^cinta saya^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...