Assalamualaikum, hoaiyo gozaimasu!
Dah breakfast? dah lunch? Yang belum tu gi cepat makan. Yang cuti tu cepat gi dapur angkat tudung saji ada apa. Kosong? gi la masak megi sebarang dua. Yang kat ofis tu (cam aku ni ha tak reti2 nak cuti) cepat2 gi cafe tapau nasi campur. Ooo diet tak boleh makan nasi, takpe kita makan sayur je. Cam tak biasa jadi kambing. O___-
Haritu ni nak cerita kitorang gi ulu yam. Ha kan dah bagitau entry haritu kan? Alhamdulillah jadi jugak pergi. Ish seronok. Air sejuk, gigil badan. Adam ngan mira gigil2 pun berendam jugak. This is first air terjun for Adam. Dia cam terkujat gak tengok air ada batu2 besar bagai. Sojuk pulak tu!
Alas perut. Sandwish sardin, nescafe o ngan milo
Air yang jernih. Redup.
Explore benda baru
Relaxing
Kakak mira sebuk kutip batu sungai. Papa kata nak kutip takpe tapi tak boleh bawak balik. :) Oh ya cara berhijab alaf baru tu.. haha
Aku kan pencinta hijau dan matahari
Ramai orang juga haritu. Ada yang berkhemah. Agaknya diorang tido sana kot malam tu.
Si pengutip batu
Hasil kutipan. Cantik kan?
Mamat ni nak kencing. Aku cakap kencing je la dalam air. Taknak nak bukak seluar jugak. Alahai. Pastu seluar hanyut papa kena kejar. Ha tu nak basuh seluar ler tu. :P
Sejuk2 ni perut lapar. Habis ler jugak bekalan. Alhamdulillah.
Bagi aku memang seronok. Dekat, jimat, relaxing. Cuma kena bayar parking brapa ha tak ingat.
RM 2 ke camtu kot. Alah kalau RM10 pun aku sanggup bayar. Berbaloi kan.
Gitu la citernya. Sempat piknik yang dekat2 je. Nak gi jejauh tak boleh cuti lagi sebab masih ada kerja di ofis. Eh boring kot?? Ni dah masuk tengah disember dah ni tak cuti2 lagi. Kita ni sang semut merah, kena patuh arahan sang gajah. :P
Ok sebagai penutup gambar harini, ha ni mesti korang suka tengok. Jom scroll.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
HOI PANJANG LAGI KE??
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
*
Cam comel je. *lempang*
Ok adios.
Babai
XOXO
No comments:
Post a Comment
^cinta saya^