Assalamualaikum.. Ohaiyogozaimasu!
Ye seperti tajuk di atas aku sekarang ni ketagihan. Ketagihan apakah? Nom nom nom jangan fikir yang bukan-bukan. Think positive please.
Aku ketagihan buat kek! OMG. Korang percaya tak aku boleh baking? Ye, aku pun tak percaya ok. Tapi en google banyak membantu, and i did it! Kalau di fikir bila eh aku last buat kek.....hmmm masa sekolah. Betul. Buat muffin. Lepas tu cikgu cakap ko punya muffin baling dinding, dinding retak. Kureng.
Takpe daripada penghinaan itu aku bangkit tanpa menoleh kebelakang. Walaupun pelbagai dugaan menimpa (tangan terbako/kek hangus/kek tak naik) aku tetap tidak berputus asa. Terima kasih juga kepada kengkawan yang banyak bagi nasihat.
Choc Chip cup cake
Butter kek
Ha.. nampak tak. Ada lagi gambar yang aku tak ambik. Bagi aku buat kek ni adalah satu terapi. Korang jangan memain, aku pukul pakai tangan je. Takdo mixer. Tak nampak tangan sebelah kanan aku ni dah macam malek nor? ha, jangan nak memain sangat.
Aku buat pun untuk suka2 je.. bagi anak2/suami makan. Bagi kawan2 makan. Alhamdulillah ramai yang puji, ada juga yang komen.
Ok guys.
sayonara
No comments:
Post a Comment
^cinta saya^