Monday, October 8, 2012

Kena tinggal

 
Hari isnin sampai hari Rabu adalah hari yang membosankan. Sebab apa? sebab mr papa kena gi outstation. Boring giler kot duk umah tanpa somi disisi.
 
Memangla kalau mr papa ada kat umah aku ngan dia memang takde keje lain la selain bergaduh2 manja. Kitorang suka main lempang-lempang. Oneee twwooo juzssss.....(sapa kalah kena lempang). Kesian mr papa, kalau kalah aku akan lempang dia kaw-kaww punya. Sampai berdesing telinga. Kalau aku kalah, dia lempang montot aku. Ha tak sakit ko cakap? rasa tebal je kulit montot ni.
 
Ni dia dah off to Ipoh. Ei getikkan aku ni. Somi bukan pergi jauh mana pun. Tapi i kan manja2 kucing. Mesti nak duk bawah ketiak somi.
 
Adam dah hantar kat gombak. Mertua aku volunter nak jaga. Amira jela ngan aku selama 3 harini. Rindu la pulak nanti kat budak debot sorang tu. Aku rasa mertua aku mesti tak caya aku jaga Adam. Pasal haritu masa mr papa gi Penang, tinggal la aku 3 beranak. Berlakula minor accident, tv lama jatuh, ni semua angkara adam tarik almari.Umur baru nak masuk 2 tahun dah boleh tarik almari ok. Nasib tv tu tak hempap kepala budak tu. Aku rasa adam sempat mengelak. Tau-tau je adam dah terlangkup atas lantai. Giler ko, aku rasa darah tak mengalir dalam badan aku dah masa tu. Melompat aku dapatkan adam. Sekali tengok dah bengkak kepala budak tu. Bengkak yang BESAR ok. Gagahkan bawak gi klinik. Amira tukang bawak susu adam. Fuh nasib doc kata tak serius. Eh panjang pulak cerita. So cut story short, biarla mertua aku yang jaga. Keselamatan terjamin. :P
 
 
 
Ha budak ni la yang kepala bengkak aritu. Tidak syak lagi.
 
 
 
 
Sebelum papa pegi Ipoh, aku belikan dia perfume. Dah la nak tinggalkan aku, siap aku bagi perfume kat dia lagi. Mana ko nak dapat bini baik cam aku ni?
 
Perfume ni hadiah birthday papa aritu. Tak sempat nak beli. Ni baru nak bagi.
 
 
 



Bau dia ok-okla.. Bagi aku bau dia agak keras sikit. Sapa tak sesuai, boleh sakit kepala. Aku pun nyaris kena migrain aritu lepas bau papa :P
 

Dia suka la dapat hadiah ni. Yela dah lama aku tak belikan perfume untuk papa. Masa bercinta dulu adalah sekali kot belikan. Eh tu bagi sapa eh? Papa ke orang lain? Huhhhu. Maklumlah i dulu ratu, bersepah pakwe. Giler perasan.
 
Harap-harap malam ni aku dapat tido nyenyak.
 
Amin
 
 
 
 

4 comments:

  1. kuat nyer Adam.. boleh tarik TV tu sampai jatuh. Nasib takde apa2. jgn notty2 tau ;)

    ReplyDelete
  2. Huhuh.. budak tu mmg nakal sangat... Thnx Waney..

    ReplyDelete
  3. so windu merindu ler ni.. hehehhe
    so sweet siap bg perfume lg.. =)

    ReplyDelete

^cinta saya^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...