Monday, January 20, 2014

Mines Wellness Hotel



Assalamualaikum, good morning. 


Haritu masa cuti sekolah bawak budak-budak gi cuti kat Mines Wellness Hotel di Seri Kembangan. Memang cari yang dekat-dekat je sebab malas nak pergi yang jauh. 

Ok, ini adalah kali pertama aku datang sini. Bersebelahan dengan Mines shopping mall tu. Dekat je dari kl. Satu jam lebih sampai dah. Nak cari pun senang.




 Anja, Amira dan Adam. Anja tu anak buah aku selalu gak bawak dia ikut sekali kalau gi bercuti. Ni masa baru sampai after mama check in.





 Lepas ambik kunci pelayan cakap, `Nanti ada van datang hantar ke bilik'. Konfius jap aku. Napa nak kena naik van. Ok takpelah syok jugak dah lama tak naik van.  =)




Ala tak sampai 5 minit dah sampai. Aku tengok dari luar macam chalet. Wow. Cantik.





 Puas hati bilik besar. Oklah.











 Ni paling aku suka, View dari varendah. Tenang.





 Mak datin




Kawasan kat sini memang cantik. Sejuk je. Sebab banyak pokok hijau. So lepas letak beg semua kita keluar cari makan kat Mines. Jalan kaki je sebab kat sebelah je pun. Tapi berpeluh-peluh jugak berjalan.



Rasanya nak dekat 10 tahun tak datang Mines. Dulu masa duduk putrajaya selalu datang sini. Omg banyak betul dah berubah. Tak tau nak makan apa so lepak KFC je. Punya la ramai orang. Beratur panjang. Mencik.


Pas makan balik bilik terus mandi-mandi.



Mandi dalam tasik. Ni aku rasa tasik buatan la kot kan. 













Hahaha...  suka tengok gambar ni. Tak tentu arah nampaknye ye di situ. Adam macam biasa, Lasakkkkkkkkk bukan main. Semput dibuatnya.







Balik bilik mandi kat bathtub pulak. Lantok ler.


Aktiviti malam hanya lepak dalam bilik. Nak gi mana pun kan. Main-main hantu ngan budak-budak. Aku jadi hantu. Last-last aku yang tak dapat tido. Cit.




Good morning sayang. Ok jom gi sarapan dulu kat mamak sebelah.





Check-out. Pakai baju semalam. Ada aku kisah?



Ok korang. Bai.

Muahs











1 comment:

  1. syok jugak kt sini kalo bawak anak2...dlm area kl..jemput follow blog saya ye http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete

^cinta saya^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...