Thursday, July 26, 2012

Telekung budak

Semalam beli telekung baru untuk mira. Yelah telekung lama dah tak semenggah aku tengok, singkat sampai ke perut. Nampak terjuntai-juntai lah tangan budak tu kalau solat.
Puaslah cari telekung budak kat online, blog, tapi cam susah je nak jumpa. Godek punya godek jumpalah kat blog
amoi ni. Sekali ada daaa telekung budak. Banyak pilihan lak tu. Dengan pantasnye aku oder la selai telekung budak.

Ko oder harini lusa dah dapat barang. (Saya suka saya suka). Mira lagi suka la dia.


 Yey dah sampai. Tapi napa ko senget?




 Pink u wrapper


 Pouch Bag. Kenapa ko senget jugak?





 Nice kan?





 Renda-renda lagi





 Kemain kusyuk





Haa...comel tak mama mira?


Alhamdulillah senang je nak berurusan dengan Sepet Shop ni. Yelah, ada dikalangan kawan-kawan kita yang pernah kena tipu dengan kalau beli tru online ni. Mungkin berkat nak bli untuk anak agaknya, tu yang senang. Adam nanti mama beli kopiah ok. Nanti boleh jemaah sama mama, papa ngan kakak.  Ha? Taknak? Bis nak apa? Oooo nak mamam je? Ok.







Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan ke-lima kita

Alhamdulillah harini genap 5 hari kita pose. Seronokkan?

Semalam aku beli pecal jual kat cafe opis. Nampak menyelerakan. Ntah napa dari pagi semalam aku ngidam nak mkn pecal. Nom nom nom, bukan aku ngandung ok, tapi tekak ni ngada2 nak.  So tak sangka pulak kat kafe ada jual pecal ni. Act diorang buat untuk buffet, tapi nasib boleh tapau bawak balik. Gambar pecal aku lupa nak snap sebab exited sgt. Sekali bila time berbuka, aku rasa kuah pecal. Mak aii podeh ya amat. Pastu rasa cam banyak serai ke, lengkuas ke tapi rasa kacang takde langsung. Takmo dah aku beli pecal kat cafe tu. Huh. Tapi petang kang aku nak survey lauk pulak kat situ. Tak payah ler penat2 nak masak. ^_^


Ni gambar santapan berbuka hari ke 3 Ramadhan (boleh pulak reverse2 nak letak gambar :P)


Ayam terpercik ni aku mintak hubby aku beli 2, sebab aku tak nak makan nasik (kata dietkan?) Hakikatnya yang aku mkn 1 pun tak abis. Nasib laki mak tak memekak.


 Meehun untuk amira.. Oklah boleh lah tekak nak telan.



 Nasik Lemak mertua kirimkan. Sambal tumis memang terbaekk.. Tapi tak snap gambar. Eh rasanya aku dah snap tapi takde dalam hp camno?





Kuih bakar. Bolehlah. Sedap.



Syukurlah puasa kali ni tak banyak sangat membazirnya kalau nak dibandingkan tahun2 lepas. Yelah, mungkin sebab aku pun tengah diet agaknya. Hubby aku pun tak cerewet nak berbuka. Apa ada depan mata boleh telan. 


Sekarang tengah mengelamun fikir nak berbuka apa harini pulak.

Papai.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan semalam


Salam Ramadhan hari ke-tiga harini. Syukur Alhamdulillah. Pejam celik dah 3 hari kita berpuasa. InsyaAllah.

Pagi tadi sahur buat teh O ngan telur dadar. Itupun hubby yang buat. Aku susah betul nak bangun sahur pagi tadi sebab malam tadi makan ubat tahan sakit yang mengantuk. Masyallah, liat betul aku nak bukak mata sahur tadi. Syukur la hubby aku boleh berdikari buat air ngan goreng telor. Jadilah pa.. Tq sangat2 pa. Malam ni takmo ler aku mkn ubat lagi. Tahan je la kalau sakit.

^_____^ 


Ramadhan pertama buka pose kat Gombak umah mertua. Tiap tahun hari pertama berbuka kat rumah mertua. Best sangatkan dapat berkumpul ramai2 ngan adik ipar2 aka sepupu sepapat aku jugak. Ekleh. Menu mak mentua aku masak hai macam2 lah. Gulai udang ngan kacang panjang, Ikan bakar, Sup sayur tak cukup ngan tu adik ipar aku yang sorang keje kat hotel tapau bawak balik rendang minang hotel punya. Fuh, berpeluh laki mak makan. Adam cam biasalah mengaco orang makan kekdahnya. Tercekik mak ko nak makan nak oii.. Kakak ko jugak yang menten cun.

Gambar makanan tak sempatlah nak ambik. Petang tu dalam pukul 6 ptg mcmtu aku, laki aku ngan mira g bazar ramadhan kat Samudera. Makk aiii nak patah pinggang aku harung orang punyalah ramai. Terlanggar bontot tak payah cakaplah. Sib bawak motor dapatlah gak celah2 parking. Adui ai punyalah ramai orang. Mana datang orang ramai2 ni?  :P

Sempatlah aku capai air soya, taufu fa (tuk pak mentua), kek coklat ngan mehun tuk mira (cam pose budak ni) ngan kuih pelita ha ni peberet aku. Huii takmolah bersesak2 lagi. Somput nyawo den. Tapi sebenarnya itu yang seronokkan? bila lagi nak bersesak2 ngan org ramai nak beli juadah. Lain la kalau ko join BERSIH suka sesak2 kan KL ni.. Eh kuar tajuk.

Makanya hari kedua Ramadhan aku berbuka kat rumah sajok ngan family. Siang tu sempat gi singgah Jusco Wangsa Maju (kemain jauh ko gi jalan kan?) beli santan, bawang ngan air soya. Fuh giler jauh ko beli barang dapur rina oi. Saja nak test kete baru sebenarnya  ^__O
Petang tu dalam kul 4.30 aku dah melompat gi dapur nak masak. Hubby request ikan tenggiri masak gulai. Ha tu yang gi beli santan tu tadi. Adalah 2 ketul ikan dalam freezer boleh lah makan 2 orang. Anak2 jarang nak makan maghrib2 ni.

So aku masak gulai tenggiri campur timun, sayur campur dan telor dadar (hubby buat). Hmm cukuplah untuk berbuka 2 orang. Oh ye air soya sekali. Gambar lauk lupa nak snap so amik jela kat google. Aku carik gambar gulai je la eh. Bagi korang terliur sikit.



*kredit tu Chamdapur.blogspot.com* Mintak maap ye mak amik gamba ikan yang mebeles ni. :P


Mula-mula tu kan aku dok pikir ikan gulai ni aku nak campur sayur apa. Kacang panjang takde pulak. Yang ada timun ngan kobis je. Takkan nak letak kobis plak. Letak timun cam kelakar pulak. Ahhhh tak kiralah, potong 4 timun jepun tu terus aku campak dalam periuk.

Pas dah masak tu, laki aku tanya, 'Gulai amacam?' Aku jawap ler, 'Dah siap ler, tapi kan kan kan, ma campur timun. Ok tak?' Laki aku jawap, "Hmmm Ok sangaatttttttttt!". Aku terus lap peluh kat dahi. Fuuhhh. Nasib.

Masuk waktu berbuka terus ngap tak pandang kiri kanan. Hahahahah.


Harini aku pulak nak request laki aku nak makan ayam percik. Ha pandai2la pa gi carik ek.

Ok semua. Selamat berbuka. (Bukan sekarang, kul 730 nanti. Pandai ler tu nak amik kesempatan)


*______*





Thursday, July 19, 2012

Puasa dan Makanan

Assalamualaikum..

Tenggelam timbul tenggelam timbul blog aku ni kan? Nak tunggu mood bagus je baru nak update. Memanjang je mood ko tak baik. Acaner?

Bila dah lapang2 sikit ni barulah clear sikit nak update.

Fuh.

Besok nak puasa dah. Dah bersedia ke belum semua? Bersedia atau tidak, kita wajib berpuasa ye kawan2. Jangan ngelat. Berpuasa bukanlah setakat tahan makan dan minum. Masa ni lah kita nak gandakan amalan ibadat kita. Gali pahala sebanyak yang boleh. Kurangkan mengayam ketupat, gosip, cakap cam mulut longkang, mencarut dan seangkatan dengannya. Insyallah puasa kita kali ni akan lebih diberkati Allah. Amin.

Maka harini ramailah kawan kita semua menghabiskan stok2 makanan yang ada kat opis.  Time ni lah semua nak bahagi2 coklat ke biskut ke yang berbulan simpan dalam laci kat kawan2. Ye la dah nak expired.  Rugi la pulak kalau nak buang ye dok?


Saja je la kan, nak tepek gambar2 makanan kegemaran aku sempena nak sambut Ramadan ni. Besok dah pose makruh nak tengok. MuHAHAHhahaha...


Ni diantara kudapan kesayanganku  yang ada kat pantry. Slurp.


Ha ni mehun sup @ Belanga SS2 PJ



Mee Udang @ Jalan Duta




Durian aka Si Jantung Hati :)


Oh Manggis yang manesss


Adoi ai Grilled Chicken Black Pepper @ Secret Recipe


Choc Brownies La La La




Hah cukupla takat ni je aku letak gambo makanan.  Ada yang terliur tak? heh heh heh ...

Yang aku seronok time puasa ni, badan aku bolehlah kurus sikit. SIKIT je la. Dapat turun 10kg jadi lah. Ceh cita2 tinggi.


Puasa aku tahun ni rasanya sama jela cam pose2 lepas. Kalau hari keje beli je lauk sudah. Tak reti lah nak masak time pose ni. Sebab tak boleh nak rasa. Kang termasin aku masak kang camno? Beli je 2 jenis lauk, kuih2 manis sejenis. Cukuplah kan? Stok megi, telor, biskut kering kena standy. Untuk sahur.

Amira ngan Adam pun kena pose jugak. Boleh? Boleh? Boleh?



^____________^





Sunday, July 1, 2012

Demam



Anak-anak demam membuatkan hati aku gundah gulana. Tengah2 malam mesti aku terkejut2 tido sebab anak batuk2. Bukan sorang ok, tapi dua2 tak sihat. Kecian anak mama ni :(

Amira yang paling horor. Siap batuk+demam+sakit perut+muntah2. Mungkin sebab jerebu yang melanda ni kan? Apasal la diorang suka sgt membakar-bakar ni. Kan dah pencemaran. Anak2 aku jadi mangsa.

Last friday terpaksalah Amira skip skolah. Kesian pulak aku nak paksa2 dia pegi walaupun dia mmg nak pegi. Punyalah rajin anak mama ni yeee.... Nak bagi dia happy bawaklah pegi tgk movie Madagascar. Seronok dia. Dapatlah lupakan demam dan tak sihat badan tu ye...

Dalam wayang tu pulak aku tengok orang tua lagi excited dari anak2. Gelak kuat HOAHOAHAOAHA.. Sakit jiwa dibuatnya.



#Eh tadi tgk paper kemain cantik si pengantin Irma Hasmi dan pasangan. Berseri2. Sama padan sama cantik. Tahniah dari kami :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...