Thursday, July 19, 2012

Puasa dan Makanan

Assalamualaikum..

Tenggelam timbul tenggelam timbul blog aku ni kan? Nak tunggu mood bagus je baru nak update. Memanjang je mood ko tak baik. Acaner?

Bila dah lapang2 sikit ni barulah clear sikit nak update.

Fuh.

Besok nak puasa dah. Dah bersedia ke belum semua? Bersedia atau tidak, kita wajib berpuasa ye kawan2. Jangan ngelat. Berpuasa bukanlah setakat tahan makan dan minum. Masa ni lah kita nak gandakan amalan ibadat kita. Gali pahala sebanyak yang boleh. Kurangkan mengayam ketupat, gosip, cakap cam mulut longkang, mencarut dan seangkatan dengannya. Insyallah puasa kita kali ni akan lebih diberkati Allah. Amin.

Maka harini ramailah kawan kita semua menghabiskan stok2 makanan yang ada kat opis.  Time ni lah semua nak bahagi2 coklat ke biskut ke yang berbulan simpan dalam laci kat kawan2. Ye la dah nak expired.  Rugi la pulak kalau nak buang ye dok?


Saja je la kan, nak tepek gambar2 makanan kegemaran aku sempena nak sambut Ramadan ni. Besok dah pose makruh nak tengok. MuHAHAHhahaha...


Ni diantara kudapan kesayanganku  yang ada kat pantry. Slurp.


Ha ni mehun sup @ Belanga SS2 PJ



Mee Udang @ Jalan Duta




Durian aka Si Jantung Hati :)


Oh Manggis yang manesss


Adoi ai Grilled Chicken Black Pepper @ Secret Recipe


Choc Brownies La La La




Hah cukupla takat ni je aku letak gambo makanan.  Ada yang terliur tak? heh heh heh ...

Yang aku seronok time puasa ni, badan aku bolehlah kurus sikit. SIKIT je la. Dapat turun 10kg jadi lah. Ceh cita2 tinggi.


Puasa aku tahun ni rasanya sama jela cam pose2 lepas. Kalau hari keje beli je lauk sudah. Tak reti lah nak masak time pose ni. Sebab tak boleh nak rasa. Kang termasin aku masak kang camno? Beli je 2 jenis lauk, kuih2 manis sejenis. Cukuplah kan? Stok megi, telor, biskut kering kena standy. Untuk sahur.

Amira ngan Adam pun kena pose jugak. Boleh? Boleh? Boleh?



^____________^





No comments:

Post a Comment

^cinta saya^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...