Monday, September 24, 2012

Berseri ke muka?

Hi uolls..
Hari kita bergebang pasal kecantikkan nak tak uolsss..
 
 
 
Yelah bila dah masuk umuk 30an ni muka pun cepat kering, tompok2 itam pun dah nampak belum kira bintik2 lagi.
 
 
 
Macam muka aku ni jeragat dah mula menunjukkan belangnya uolls... Masalah jerawat tu alhamdulillah tak berapa nak ada sangat. Tapi masa anak dara dulu, Masyallah jerawat mcm tsunami kat muka aku ni. Sampai mak aku bawak gi pakar nak bagi muka anak dara dia ni licin. Nasib berkesan rawatan doc tu. Malu kot masa tu muka cam bulan bintang. Bila muka dah licin, banyak pulak peminat. Pening kepala mak aku. Hahaha *perasan nak mampus ko ni*
 
 
 
Semenjak 2 menjak ni aku rajin la beli mask. Beli kat guardian je. Aku ni mmg tak pernah la nak bermask2 muka ni. Tetiba bila rasa kulit muka dah kurang anjal (puiii) terus mengambil langkah berjaga2 memakai mask. Eh boleh caya ke mask ni boleh anjalkan kulit? Oo Whateva.




Damainya rasa.. Macam gi terapi. Lepas mandi cepat2 masuk bilik kunci pintu. Pakai mask terus landing. Oh sebelum tu cakap kat mr papa nak bersendirian jap dalam bilik. Masa ni mira dah ketuk2 pintu bilik tanya "mama buat apa dalam bilik" pastu aku jawap "jangan kaco mama, gi main". Ishh kaco je budak ni.



 Bayangkan anda berada di tepi pantai di tiup angin sepoi2 bahasa.
 
 


 Lavender Face Mask for Relaxes and soothes tired skin. Paham omputih tak?


 Caviar Face Mask. Nourishes and treats delicate skin. Ni aku belum try lagi.




 Pakai mask ni 20 minit cukup. Pas dah sudah tak payah basuh. Muka korang akan rasa lembab2 gitu.

 
 
Ada orang kat rumah tu jeles aku pakai mask. Dia kata nak gak muka berseri2. Takpelah aku ni bertimbang rasa. Nah pakai ni.


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 
 

Comelkan Mr Papa pakai mask? Rasa cam nak lempang je.




Ok Papai.

2 comments:

  1. alahaiii tergezut akak bila mr. papa yg pakaiii...hahahaha

    ReplyDelete
  2. huhuu.. jgnkan akak.. saya pun seram. :)

    ReplyDelete

^cinta saya^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...