Ramai kawan2 yang dikasihi tanya aku pakai produk muka apa. Katanya muka aku ni lilcin, glowing. Syukur atas pujian2 itew. Aku pun berkongsilah rahsia dalaman kecantikan yang aku amalkan selama ni. Produk2 yang aku pakai murah2 je. Senang nak dapat.
Pencuci muka
Sabun Kolagen dapat membersihkan tanpa mengeringkan kulit muka kerana ia dihasilkan daripada gabungan losyen pembersih yang dapat menghilangkan debu, minyak berlebihan dan kotoran lain dengan cukup berkesan. Penggunaannya yang berterusan tidak akan memberi kesan kepada pertahanan asid semulajadi selain dapat mengurangkan garis-garis halus akibat tanda penuaan dan menjamin kelembapan.
*Credit to Natasya website*
Sabun Natasya ni memang sesuai ngan kulit aku. Dah masuk 4 tahun aku pakai.
Rege - RM19.90
Amalkan penggunaan Krim Pelembap Natasya kerana ianya memberikan kesan kulit lembut bak baldu, menelap dengan cepat ke dalam kulit. Bukan saja bagus untuk hidratkan kulit, ia juga bagus sekali menganjalkan kulit yang mulai kendur. Selain itu, ia menghalang sinaran UV menembusi lapisan kulit dan bertindak melambatkan proses penuaan. *Credit to Natasya Website*
Rege - RM51
Pelembab ni aku pakai seminggu sekali. Bila pakai, dalam sehari dua kulit muka aku akan ada macam pengelupasan. Tapi sikit je. So the next day muka akan licin and lembab je. Kena rajin apply untuk result yang berkesan. Kalau ko malas, ko tarah muka ko kat mesin kelapa tu pun takde makna nak licin. Okeh..
Aku ada beli satu produk baru. Ala saja2 je nak try tgk ok ke tak. 1st time aku apply kat muka. Ternyata BEST! Rasa lembab2 supple je muka aku. Pas tu bila sapu pelembab muka rasa rata je. Tak bercapuk2. Sgt bestlah hoi!. Ala ni kira2 mcm Miracle SKII la konon. Buat apa beli beratus untuk satu produk. Kan membazir. Baik aku beli susu n pampers anak. Harga produk ni pun berpatutan la.. Aku masih mampu.
Hada Lobo Super Hyaluronic Acid Mosturising Milk
Rege- RM54.90
(psttt korang kena try tau! Gi guardian sekarang.. :P)
Last but not least, Mosturiser aku pakai Olay. Ni mmg dari sekolah la aku pakai. Tapi tipulah kalau aku kata aku setia ngan Olay ni. Dulu ada gak beli loreal la, safi rania la, tapi end up aku cari Olay jugak. :P
Ha ni tuan tanah ngan Olay yang baru dibeli. Eii pucatkan muka aku kalau tak make up..
So, itu sajalah penjagaan kulit muka yang dapat aku kongsi bersama. Yang penting sekali air masak kena minum banyak. Bagi buang segala toksin dalam badan. Barulah muka bersih. Lagi satu hati kena bersih jugak, baru terpancar kat muka. Ni kalau hati busuk macam longkang, tak ke muka pun macam longkang jugak? *membebel lak ko*
Comelnye pakai baju bintik2.. *panggggg*
Ni gambar harini *peace*
Bila dibelek2 gambar2 aku ni, nampak sangat aku ni malas nak pakai lipstikkan? Takpe natural beauty namanya tuh. :P
Jadi kawan2, mana yang rasa muka kusam, mendung, gelap cubalah produk2 yang aku pakai. Insyallah.
xoxo
No comments:
Post a Comment
^cinta saya^