Monday, May 14, 2012

Amira

Anak2 adalah permata yang Allah berikan pada kita. Sebenarnya itu satu tanggungjawab besar yang diamanahkan olehNya. Wajib untuk kita menjaga, mendidik anak2 kita sebaik yang boleh. Tatang mereka bagaikan minyak yang penuh. Beri kasih sayang dari hati kita yang ikhlas kerana Allah. Anak2 ini lah penghibur kita, suka duka, mereka buat kita ketawa, mereka juga yang buat kita menangis.

Aku seboleh-bolehnya nak jadi mak yang baik untuk anak2. Bukan senang. Mudah diucap dibibir, tapi agak sukar untuk kita laksanakannya. Anak2 aku penah jugak kena jerit tengking ngan aku. Tapi aku tak penah angkat tangan kat diorang. Yang tu aku tak mampu nak buat. Aku taknak diorang sakit. Sakit diorang, sakitlah aku.

Memang kadang2 tak tahan dengan kedegilan diorang ni. Mira dah pandai buat perangai taknak dengar cakap aku. Campak barang2 kat aku. Tgk mood dialah. Time baik, kemain baik. Cuma angin kus2 dia datang, mmm habislah. Ikut hati aku nak cubit2 je tapi naluri keibuan aku masih kuat lagi. Selalu aku remind diri aku, 'takpe, budak ni takde mood mungkin penat'. So pas tu aku boleh sabar. Tapi selalunya takleh sabar pun. Kena jerit jugak. :P

Aku tak pasti sejak bila Amira dah pandai buat perangai. Yang nyata sejak adam ada kot. Yelah dah kurang kasih sayang drpd aku. Bukanlah aku tak bagi intention sama rata, cuma pepahamlah Adam perlu perhatian yang lebih dari aku. Mungkin sebab tu mira cepat sensitif sekarang. Yup.. aku tak boleh salahkan mira 100%. Sian si kakak.

Apapun, percayalah mama sayang mira sepenuh hati. Mira la permata pertama dalam hati mama.

 I love u.













xoxo

3 comments:

  1. auntie love u too mira dalink!!

    ReplyDelete
  2. Salam Rina:) Mira sangat cute:) umur macam ni memang macam2 lah perangainya kan:) moga kita diberi kesihatan,kesabaran dan dapat menjaga mereka hingga dewasa;) take care.

    ReplyDelete
  3. Ros- Cayang auntie jugek!

    MamaTiaMia- Terima kasih kakak, harap tia n mia pun sama ye.. :)

    ReplyDelete

^cinta saya^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...