Tuesday, February 26, 2013

Aku sayang anak-anak

Assalamualaikum
 
 
Pejam celik pejam celik dah 6 tahun aku jadi mak. Mak kepada anak-anak aku. Amira tahun ni dah 6 tahun. Sekejapan je masa berlalu.
 
Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Bayangkan dari kita belum kahwin bermanja dengan mak kita bertahun-tahun lamanya tanpa ada rasa tanggungjawab besar yang perlu digalas. Semua mak kita yang tanggung. Semua nak mengadu ngan mak. Pad pun suruh mak beli. (Jangan tak percaya :P)
 
Bila dah kahwin semuanya berubah 360 darjah. SEMUANYA! Termasuk saiz badan. (Sumpah aku tak tipu) Dulu aku ni kurus je. Bak kata ayah macam tiang telepon. Sekarang, masyaAllah.
Haha.
 
Kalau orang tanya aku, syok kahwin ke syok masa duk ngan mak. Frankly speaking, dua-dua syok. Bila dah kahwin kita ada suami. Kita boleh manja-manja, boleh main gusti ngan suami. Ngan mak takleh main gusti. Apa? korang tak pernah main gust ngan hubby ke? Ishh rugi. Seronok i tell u. Pastu satu badan lebam.
 
Dah ada anak tu satu hal. Tapi seronok. Kita rasa macam kita kat alam baru. Culture shock pun ye jugak. Mau tak bila tetiba pukul 3 pagi anak merengek-rengek nak susu bagai. Dulu mana ada. Tido la ko sepuasnya.
 
Tapi bila tengok anak-anak dah membesar ni, rasa Subhanallah. Tak dapat nak digambarkan betapa bahagianya aku. Seronok tengok diorang lari-lari datang peluk aku, cium-cium pipi, tido peluk-peluk, sepahkan barang, taburkan bedak kat lantai, suap nasik kat rambut (tu keje adam), sepahkan lego (keje adam n amira), mengamuk (amira), suka lempang bontot aku (keje adam), suka mengecak bila aku makan (adam), suka tarik tangan aku suh bukak peti ais (adam)
 
 
dan memacam lah..
 
 
Aku sayang anak-anak aku.
 
 








 
 
 
 
 
 
Nukilan,
 
Mama yang penat.
 
 
T_____O

2 comments:

  1. Kan kan kan....
    Penat lelah membesar dan menjaga diorg tak menjadi beban kat kita kan? Ia satu nikmat..syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. anak2 ni anugerah dan amanah untuk kita kan

    ReplyDelete

^cinta saya^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...