Sunday, May 29, 2011

Isnin yang indah

Morning u olss!

Gembiranya aku drive gi keje pagi tadi. Siap boleh nyanyi2 ok dalam kete sebab tak jem. Lancar je jalan tadi. Ibarat mcm ini jalan bapak aku yang punya. Hahaha. Aku pun pelik gak napa tak jem kan? ghupe ghupenye teman idok ler tau dah cuti skolah. Ater anak teman tak skolah lagi. Sole sole...

Cuba kalau hari budak2 skolah. Huh. Tensi mak. Tak sempat nak nyanyi2 bagai. Muka ketat je bawak kete. Kah kah. Nak2 kalau pepagi tu amira buat perangai. Nak susu dululah, nak air vitagen la dulu pastu jalan nak gi lif nak gi kete cam tuan puteri. Punyalah lambat. Saja je tu nak bagi mak dia berpeluh pagi2. Ada sekali tu aku tak tahan, aku jerit kat dia 'cepattlahhhh jalannnnnnn!!' Pastu dia jerit kat aku balik 'Kejaappppplahhhhhhh!!!!!!!!!!!!'.. ha padan muka aku. Dan pandai menjawab minah tu sekarang.

Weekend aritu tak gi memanapun. Jalan dekat2 je. Adam batuklah. Kung kang kung kang batuk cam orangtua. Kesian budak tu. Bagi je ubat batuk yang ada dalam peti ais tu. Ubat dia masa demam aritu..

Sabtu lepas jugak aku merajinkan diri memasak. Alah masak simple je. Goreng2 campak2..



 Ayam goreng kuning kunyit




 Ikan tenggiri goreng cili padi



 beli darlie pek berkembar dapat pinggan free. Kena bijak membeli kawan2 :P



Sila dapatkan di pasaraya terdekat anda. *kecoh*

No comments:

Post a Comment

^cinta saya^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...