Sunday, May 31, 2015

Presenting my baby


Assalamualaikum

Niat di hati nak tinggalkan je dunia blogging ni. 

Fitrah manusia, tidak semua boleh diucapkan di bibir. Adakalanya yang tersirat di hati terpaksa di zahirkan di blog juga. Kat sini la tempat aku nak luahkan perasaan sejak bertahun-tahun lamanya. 

Amacam ayat? Ada macam drama tak?


Ni nak citer, 11/3 aritu dah selamat terberanak baby girl. Punyalah plan nak beranak normal kuasa Allah maha besar akhirnya aku kena c-zer jugak. Kiranya dah dua kali aku czer kali ni dengan yang masa Adam dulu. 

Kali ni czer rasa sakit dia lama berbanding yang dulu. Mungkin sebab dah 2 kali kena potong ni kot, tu rasa perit. Ish, seriau la bila fikir balik. Takpela yang penting semua selamat.


Presenting..... 








Budak ni kuat nangis ok. Sebab baby girl ni, manjer mama ni dia. Sekarang ni nak masuk 3 bulan dah usianya.. Terima kasih Ya Allah.


Talk later,
XOXO




Thursday, October 2, 2014

Cerita kepam


Harini kandungan baby genap 17 Weeks Day 4.

Aaaaa rasa macam cepat je. Berdebar jugak rasanya walaupun gap dengan Adam 4 tahun. Teringat-ingat je masa ceaser nak keluarkan Adam. Seriau hoi!

Takpe-takpe.. go with the flow. Tak payah nak risau sangat. Nanti stress mak. Tak payah nak fikir bukan-bukan. Allah ada. Family ada. Deng. Dah kenapa nak emo pepagi ni.

Jom tengok pics2 yang aku ambik kat insta ngan FB. Layan....





Jom layan cempedak goreng. Jiran bagi cempedak, satu rumah semerbak bau. *Pening*








Pokok Ikea. Nak beli yang betul punya memang tak terjaga. Paling tahan lama pun 2 minggu pastu. Beli yang pelastik sudah. Penyejuk mata kata ko.







Lunch sambal ayam. Masa ni papa outstation. So kami bertiga sajo.








Result Amira periksa penggal pertama yang lepas. Bijak macam mama dia. *Sekehkepala*
Amira ni aku tengok, bukan jenis suka buat review ke, baca buku ke.. Kiranya malas la kalau nak study. Aku ni yang naik pening kepala kalau dia asyik main je, padahal exam nak dekat dah. Yela, walaupun darjah 1, masa ni la kita nak latih dia kena rajin baca buku. Kalau bukak buku pun sebab nak buat homework. Tapi bila time exam agaknya dia keluarkan semua apa yang cikgu ajar. Terkejut juga bila tengok result dia. Keep it up!








Baru pas mandi, malas nak pakai baju. *Urutdada*







Appa Amma




Ok tu je, nanti kita sambung lagi. Mata aku ni sebelah kanan rasa rabun. Tak nampak clear sangat. Ramai kata sebab hormon mengandung. Ok, tak risau sangatla. Harap-harap lepas bersalin mata ok.


Ok, Babai
Muahs



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...