Thursday, March 27, 2014

Pandora Imitation



Hi korang :)

Alaaa lamanya tak update blog.. Bz bz bz..

Ni pun nak cerita kejap je. 

Korang minat tak Pandora tapi tak mampu nak beli. Ala kita beli je yang imitation. Sama je. Ni la nak cerita aku dah buat bisnes Pandora. Tapi yang imitation je. Aku buat bisnes ni khas untuk lady2 di luar sana yang teringin nak pakai Pandora tapi takde budget nak beli yang ori. Kualiti lebih kurang sama je pon ngan ori. 


Aku pic gambar sikit. Banyak koleksi lagi. 




























Jom gi website FB aku

 

Insha allah aku bagi diskaun kat kawan2 blog. FB aku  Zzurina Add aku ok..

Bai korang. 

Muah





Monday, March 3, 2014

Citer weekend dan semalam :)



Hai korang :)

Weekend lepas ada jemputan birthday party officemate papa. Mula-mula aku  malas kot nak ikut sebab buat pukul 10 pagi kat Titiwangsa. Alahai tido lagi sedap. (melampau)

Setelah di pujuk anak-anak malam tu, oklah mama pergi. Papa request minta buat kek. Ok, malam jumaat tu gi cari butter. Aku kalau orang mintak buat kek memang semangat. Cuba kalau suruh lipat kain, lemau je badan. Haha.

So malam tu buatlah muffin. Yang biasa je. Gambar tak snap sebab rasa penat giler malam tu. Pukul 11 baru settle semua. Hoi penat.. penat......

Pagi besok bangun breakfast alas perut je sebab nanti nak makan banyak. Cuaca mak ai panas. Dah siap semua jom gerak gi titiwangsa.

Ok panas. Pastu jem. Kat titiwangsa packed giler. Aku tengok ada budak-budak sekolah pakai baju sukan gi merentas desa kot. Merentas desa kat titiwangsa ke dik? 

Pic sebelum pergi.





 Tempat makan-makan tu sebelah playground je ye... Mana budak-budak tak naik hantu. Eh anak aku je naik hantu, yang lain relax je.





 Aku cakap dah aku gemok. Bertambah gemok. Tu bukan mengandung tau. *tutupmuka*




 Panasss nak oiiii





 Belon tu bukan aku punya. Aku tukang pegang. Bukan nak samakan pipi aku ngan belon tu. Jangan salah faham.






 Kek indulgence. Sedap. Tapi dek panahan mentari, kek tu dah mencair sikit.






 Ni part aku suka. Macam-macam makanan ado. Mee kari, nugget, sosej, muffin (ehem aku punya), agar-agar. Paling best air lai chee kang. Mantop.




 Cam biasa papa mendoakan. Kita mengaminkan.





Adam. Tu pakai kasut yang aku beli kat Misslilyshop. Aku suka sebab kasut tu nampak cam cool sangat. Tapi masa nak pakaikan kasut, mak ai kemain payah.





GELABAH







 Ni gambar petang semalam balik keje. Alhamdulilah hujan lebat. Suka sangat aku.








 Semalam tak payah masak sebab aku tapau lauk kat Sambal Hijau. Korang penah makan sana tak? Tempoyak dia terbaekkk beb. Ok so masa lapang petang semalam kita buat marble kek. Bahan semua dah ado.







 Cedap.



Okla korang.. Hingga ketemuk lagi....










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...