Monday, January 20, 2014

Mines Wellness Hotel



Assalamualaikum, good morning. 


Haritu masa cuti sekolah bawak budak-budak gi cuti kat Mines Wellness Hotel di Seri Kembangan. Memang cari yang dekat-dekat je sebab malas nak pergi yang jauh. 

Ok, ini adalah kali pertama aku datang sini. Bersebelahan dengan Mines shopping mall tu. Dekat je dari kl. Satu jam lebih sampai dah. Nak cari pun senang.




 Anja, Amira dan Adam. Anja tu anak buah aku selalu gak bawak dia ikut sekali kalau gi bercuti. Ni masa baru sampai after mama check in.





 Lepas ambik kunci pelayan cakap, `Nanti ada van datang hantar ke bilik'. Konfius jap aku. Napa nak kena naik van. Ok takpelah syok jugak dah lama tak naik van.  =)




Ala tak sampai 5 minit dah sampai. Aku tengok dari luar macam chalet. Wow. Cantik.





 Puas hati bilik besar. Oklah.











 Ni paling aku suka, View dari varendah. Tenang.





 Mak datin




Kawasan kat sini memang cantik. Sejuk je. Sebab banyak pokok hijau. So lepas letak beg semua kita keluar cari makan kat Mines. Jalan kaki je sebab kat sebelah je pun. Tapi berpeluh-peluh jugak berjalan.



Rasanya nak dekat 10 tahun tak datang Mines. Dulu masa duduk putrajaya selalu datang sini. Omg banyak betul dah berubah. Tak tau nak makan apa so lepak KFC je. Punya la ramai orang. Beratur panjang. Mencik.


Pas makan balik bilik terus mandi-mandi.



Mandi dalam tasik. Ni aku rasa tasik buatan la kot kan. 













Hahaha...  suka tengok gambar ni. Tak tentu arah nampaknye ye di situ. Adam macam biasa, Lasakkkkkkkkk bukan main. Semput dibuatnya.







Balik bilik mandi kat bathtub pulak. Lantok ler.


Aktiviti malam hanya lepak dalam bilik. Nak gi mana pun kan. Main-main hantu ngan budak-budak. Aku jadi hantu. Last-last aku yang tak dapat tido. Cit.




Good morning sayang. Ok jom gi sarapan dulu kat mamak sebelah.





Check-out. Pakai baju semalam. Ada aku kisah?



Ok korang. Bai.

Muahs











Sunday, January 12, 2014

cakap dah!


Aku kalau dah start minat dengan sesuat tu, aku akan buat kerap. Buat apa? apa lagi membakar la. Kali ni try buat kek marble. Aku belajar tengok youtube je. Main belasah.  Alhamdulillah jadi.
 
Sebenarnya tak terpikir pun nak buat kek kaler2 ni. Tapi petang lepas balik keje singgah kedai nak beli sardin nak buat lauk dinner. Ye sadin je. Tekak rasa nak makan sadin haritu. Ok sambung cerita. So tengah mata merayau cari sadin ternampak pulak colouring kek tu. Aik, cam menarik je. Apa kata kita try buat kek kaler.... So dengan konfiden ambik kaler ijau ngan merah.
 
Balik rumah campak beg, bukak baju terus loncat gi dapur. Tak sabar ni nak buat kek kaler! *gilerrakus*




 Cak. Nasib jadi. Tersenyum mekar tengok kek jadi. Satu kepuasan.
 
 
 
 
 


 Jom potong. Ha nampak kaler itu.  O_____0








Potong cantik-cantik sikit nak bagi papa makan *view tepi*
 
 
 



*view belakang*



Adalah satu kepuasan bila kek kita jadi. Mesti korang pun rasa sama yang aku rasa. Actually aku tak makan sangat pun, baking pastu bagi kawan-kawan rasa. Anak-anak pun suka. Alhamdulillah.

Haritu bagi la kek kat jiran sebelah. Jiran aku tu cina. Baik.


Aku : Auntie... oo auntie....

Auntie : Ya.. ya.. coming

Aku : Auntie, ni kek i buat sendiri... rasalah... #mukabanggamintaklempang#

Auntie : Ooo tq...tq... Ini kek apa? butter kek ka? Berapa gram butter u letak? brapa degrees u bakar?

Aku : Ermm emm.. i sukat pakai cawan je....

Auntie : i see... next time butter kena kurangkan.. kalau tak nanti berminyak sangat, degrees tu u on atas bawah.... bla bla bla bla bla bla

Aku  : Ooooooooo ok nanti i buat. Auntie ni pandai ye buat kek?

Auntie : Tak pandai sangat.. Sikit-sikit je. Dulu i meniaga buat kek/kuih tart/biskut kasi jual..

Aku : Oooooooooooooooooooooooooo......... (Aku bagi tauke kek rasa kek bodo aku. Tidaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Rasa nak mintak balik kek tu. Waaaa)



Ok sekian.


Bai.








Tuesday, January 7, 2014

Amira is Back to school

 
Orang lain dah lama update anak masuk sekolah aku baru terhegeh2. Ala tak kisahlah.
 
Ok so, sebelum start sekolah amira kena pergi orientasi and exam untuk tentukan kelas mana dia kena masuk nanti. So, pagi2 sabtu tu bangun, hantar adam umah mami jap then terus pecut gi sekolah. Tak jauh mana pun sekolah dari rumah mami. Tapi papa dah bebel2 suruh cepat takut jem. *lappeluh*
 
Amira aku tengok relaks je. Mungkin sebab dia dah ada pengalaman gi sekolah tadika sebelum ni. So dia cam, 'im fine, kemon chill la mama' Ha camtu la gaya dia. Mak ko tak tentu arah dah nak mekup pun takde mood. Dah muka pucat je. Lantak.




Sekitar masa pendaftaran sekolah. Alhamdulillah amira dapat kelas pertama. Bijak anak mama ni.






Aku bosan dengar cikgu bagi ceramah dalam dewan. Penat kot nak dengar. Ajak papa lepak luar dengar jugak kalau dari luar. Boleh amik gambar  0______0
 
 
 
Actually aku pernah sekolah sini masa darjah satu dengan papa dulu. Kitaorang satu sekolah ye dulu. Ya, kita ditadkirkan bersama sejak azali. *matakatatas* Papa cakap masa darjah satu tu aku nak berak takut gi jamban so ajak dia teman. Boleh caya ke? aku memang tak ingat langsung. Ke dia saja nak kena kan aku...
 
 
So dalam pukul 11 lebih macamtu semua dah settle jom kita balik amik adam..
 




Tengok? Ni la antara sebab aku malas nak amik gambar dengan laki aku.




Bai




Ketagihan!


Assalamualaikum.. Ohaiyogozaimasu!
 
Ye seperti tajuk di atas aku sekarang ni ketagihan. Ketagihan apakah? Nom nom nom jangan fikir yang bukan-bukan. Think positive please.
 
Aku ketagihan buat kek! OMG. Korang percaya tak aku boleh baking? Ye, aku pun tak percaya ok. Tapi en google banyak membantu, and i did it! Kalau di fikir bila eh aku last buat kek.....hmmm masa sekolah. Betul. Buat muffin. Lepas tu cikgu cakap ko punya muffin baling dinding, dinding retak. Kureng.
 
Takpe daripada penghinaan itu aku bangkit tanpa menoleh kebelakang. Walaupun pelbagai dugaan menimpa (tangan terbako/kek hangus/kek tak naik) aku tetap tidak berputus asa. Terima kasih juga kepada kengkawan yang banyak bagi nasihat.




 Choc Chip cup cake














Butter kek
 
 
 
 
 
Ha.. nampak tak. Ada lagi gambar yang aku tak ambik. Bagi aku buat kek ni adalah satu terapi. Korang jangan memain, aku pukul pakai tangan je. Takdo mixer. Tak nampak tangan sebelah kanan aku ni dah macam malek nor? ha, jangan  nak memain sangat.
 
 
Aku buat pun untuk suka2 je.. bagi anak2/suami makan. Bagi kawan2 makan. Alhamdulillah ramai yang puji, ada juga yang komen.
Ok guys.
 
sayonara
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...