Monday, September 30, 2013

Remuk


Assalamualaikum


Kesian kat blackie aku. :(

Tula mengidam sangat nak makan western malam2, gigih pegi selayang nak pegi restoren Chop n Steak. Tapau je pun.

Papa dah park  dia gi beli. Aku ngan anak2 duk dalam kete. Siap  boleh cerita bedtime story kat bebudak =)

Dah 15 minit macamtu, papa masuk kete then reverse.... Rasa macam ada benda tersangkut. Tekan2 minyak pun tak lepas. Papa suruh aku pulak try reverse dan dia jaga kat belakang.

Aku reversela.

Memang macam ada benda tersangkut. Aku dah risau. Ada kucing ke bawah kete aku ni, ke orang?

Tengok kat side mirror papa suruh kebelakang lagi. Suruh aku reverse la tu. Aku tekan minyak. Sangkut lagi.

Tak puas hati.

Aku tekan minyak sepenuh hati.

Ha. Ambik ko. Lepas pun.

Pastu ada tayar bergolek. Ya ampun, tayar aku ke tu??

Rupanya papa cakap tu tayar perhiasan kat restoren tu. Laaaa rupanya tayar tu sangkut kat bawak kete aku.

Huhhh, selamat.

Ha takde makna selamat.







 
 Dah berlekuk. Oh tidak.....





 Ambik ko
 




 Dah renggang..
 
 
 
 
 
Alahai....cedey tau kita..Tapi takpelah. Janji boleh jalan lagi.
 
Tula, perut ni mengada malam2 nak macam2.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nak beli ni la... Adoi sedap. Telan ailio telan ailio.... gulp gulp







Wednesday, September 25, 2013

Aku kan suka publisiti murahan



Assalamualaikum...


Ntah tak tau la.. lately rasa tak bersemangat nak update blog.

Rasa nak quit from blogging je.

Bukan sebab orang lain, tapi sebab diri sendiri.

Sama jugak macam kita bawak kete gi keje hari2. Bosan dow. Aku rasa kalau tutup mata masa drive pun boleh sampai rumah sebab hari2 lalu jalan yang sama. =)  Dah tau mana ada simpang, traffic light, spot carik gaduh (sebab tak bagi jalan), abg/kakak tol dah cam muka aku.

Eh aku rasa aku dah labur 1 bilion kat tol tu. Dem.

Mau ke tak.. Pegi balik jalan yang sama.

Tak inovasi langsung aku ni.

Kadang2 tu sambil bawak kete aku boleh termenung. Pandang jalan raya tapi termenung. Sebab dah terrer sangat bawak kete. Aku ada lesen kete dah 17 tahun. Lama dah kan? Ye, sebab aku dah tua. Tu sebab ramai panggil aku KAKAK. Ehem.

 
 
 
 
 
 


Gambar takde motif. KAKAK ni kan nak PUBLISITI MURAHAN kan? :)
 
 
 
 
Ok la, petang2 cenggini memang best kalau merapu.
 
Adios amigos
 
KAKAK nak berundur dulu.
 
 
Papai.

 
 











Sunday, September 22, 2013

Pom POm!


Assalamualaikum..

Walaupun bz kat ofis tetap jugak nak isi masa blogging. Kita kalau tengah stress dengan kerja, kena stop kejap then buat benda yang fun. So aku update blog. Ye, sebelum aku terbalikkan meja sebab stress! Monday la pun kan.... O____o


Dah ler, malam semalam melompat2 aku atas katil sebab terkejut bunyi bunga api. Sekarang ni ada festival moon cake ke apa ntah? omg. Terkejut2 mak. Satu hal yang aku tak suka kat kawasan umah aku bila time orang cino ni ada perayaan. Tak kisahla rayo cina ke, cap go meh ke, moon cake la.... Diorang memang celebrate kaw2. Pasang bunga apila, buat open house segala. Yela kawasan aku duduk pun memang kawasan cino.




Ha ko. Betul2 mengadap tingkap bilik aku. Tak ke sakit jantung... Kalau setakat sekejap je takde hal. Ni setiap 15 minit aku rasa.
 
 
 
 
 
 
 
 

Adam rileks je. Bunyi bom meletup pun cool je. Tapi ada gak aku tengok dia kerut2 muka pasal bisingkan. Cara mudah tutup telinga dengan bantal busuk mama. Abis cerito.


Kakak mira tido umah wan dah 4 hari. Kemain bahagia ko eh kakak tak payah jaga adam.


Ok dah bai.


XOXO

Thursday, September 19, 2013

Maaf

 
 
Aku hanya seorang hamba yang lemah
Ampuni dosa-dosaku Ya Allah
Ampuni dosa ibu dan ayahku
Ampunilah dosa anak-anakku
Ampuni dosa keluargaku
Ampunilah dosa arwah suamiku, tempatkan dia bersama hamba yang Kau kasihi
Ampuni dosa saudara sesama islamku
 
 
Tiada manusia yang sempurna walaupun kita mencuba untuk menjadi yang terbaik. Kepada semua yang terasa hati 'akibat kejadian' semalam mohon maaf dipinta.
 
Hidup hanya sementara, tiada yang abadi di dunia ini. Entah hari ini, esok atau lusa kita dijemput Ilahi.
 
 
 
 
 




p/s Anyway aku ni bukan kaki gaduh. Bila nak jadi pailang teringat anak2 kat rumah. =)



-Peace-
XOXO

Sorry

 
 
Atas nasihat kak RM aku terpaksa delete semua yang berkenaan.
 
Sorry.
 
Bukan kat Anon. (Anoy? hahahah whateva)  Sorry kat korang habiskan beras. Aku sorry kat reader aku yang lain.
 




XOXO

Muahssss

Tuesday, September 17, 2013

Hello korang.. Minat english deco tak?




Assalamualaikum

Hai hai hai...


Bestnyaaa cuti 3 hari. Tapi rasa tak puas pulak. Bila dah ada kat ofis ni rindu pulak kat budak2. Tapi bila ada kat rumah dengan diorang adoi semput. =)


Cuti ni takde gi mana. Banyak lepak rumah. Makan, tido, basuh pinggan. Asyik gi dapur je bukak peti ais. Dah la hujan. Uiii heaven je rasa. Tengok budak2 bosan bawak gi main kat mall.





Ha nampak? Eh sory ye, mama dia sopan. Tak cenggini. Tak paham aku.
 
 
 
 
 




 
 
 
 
 
 

Sementara budak2 main aku round sensorang. Nampak kedai ni. Mak ai. Terkujat aku. Tak pernah masuk kedai ni. Selama ni main lalu je. Macamana aku boleh tak perasan kedai ni?? Oh goshhh.






 Dah la murah-murah. Ladies out there yang minat english deco ni mesti korang bontang mata tak kelip-kelip. Trust me bebeh.. (aku sekali la tu) :P






Harga bagi aku murah. Oklah. Mampu milik.
 
 
 
 



 Hahahhahahaa.... Giler jap.








Dalam poket aku ada rm20 je. Laju-laju jalan pegi tempat game tadi pau papa RM50. Kena PAKSA dia bagiiii.... Dapat la beli potret ni. Harga RM49.
 
 
 




Mula2 gantung kat sini. Hmmm. Ok jugak.
 
 
 
 
 
 

Tapi aku rasa gantung sini lagi ok kot. Papa kata ok. Hmm ok kan yo lah. 





Dulukan, aku memang obses dengan english deco ni. Tapi bila dah pindah apartment jadi cam kureng sikit. Tapi sejak dua menjak ni nafsu english tu datang balik. (menda ayat ko ni?).

Aku rasa mungkin sebab dah lanjutusia ni mula nak rasa ketenangan. Kan kalau kita tengok bunga ros kita tenang kan. Kan? kan? ke haru biru jugak? Hahhahaha....


Ok cayang hingga ketemuk lagik.


Muahssss.....


Opsy lupa nak bgtau, kedai tu kat Selayang Mall tingkat 3 kalau tak silap. Satu level dengan bowling.






#ootd

Wednesday, September 11, 2013

corat coret sepanjang minggu



Assalamualaikum...


Dah makan ke? Perut sekarang ni tengah bergodak sebab lapar.

Haiiihhhh~ Sekarang ni dah duk kat unit baru ni, omg im so bz.  Tak macam dulu boleh goyang kaki, nak update blog anytime je. Sekarang ni tak dapek nak tolong.

Tu satu hal. Kat ofis ni aircond mak aiii kemain sejuk. Aku dah rasa macam kat tengah salji pulak (melampau). Bila balik keje terus rasa nak demam. Tak larat. Baring je atas katil. Hoi teruk sangat tu!

Moh ler kita nengok gambar2 untuk 2-3 minggu ni.





Ha nampak? Rupa orang berpantangkan? Masa berpantang dulu pun tak berapa nak pakai socks ni. Gi keje pakai. Mesti orang tengok, bagusnya muslimah sangat minah ni. Padahal.







Budak ni dah besar. Lagi besar lagi banyak perangai. Mama kena banyak sabar. Amiralah permata pertama mama tau. Mama sayang sangat kat ya.










Budak ni manja sangat. Manja ngan mama dia ye. Malam2 tido mesti nak polok mama. Cuba la gi polok apak ko lak. Takut papa himpit ye.... Cayang dia manja dia niiiiii..... Manja tapi noty tau. Suka tiup api dapur time aku tengah masak. Ada sekali tu, tengah nak goreng apa ntah lupa, elok je letak kat tepi kuali, pusing kejap je nak amik bawang tengok2 sudip dah hilang. Budak ni bawak lari. Nasib tak panas sudip tu yang oi...







My first try. Actually aku nak beli moisturizer dia je. Tak sangka dapat free pulak yang tester soap & clarify.  Soap dia memang best. Dah pakai tu rasa berangin je... Mana la aku pernah pakai produk2 mahal ni sebelum ni. Selama ni pakai Natasya je. :)





Minggu lepas masa 30 syawal, ofis aku baru ler nak buat jamuan raya. Rasa tak meriah sangat. Aku cuma makan lontong ngan satay je pun ngan coklat cicah buah tu...
 
 
 
 
 
 
Cak! Ada yang cakap aku ni umur 20 an. Kelas ko.
 
 
 
 
 
 
 
Ok dah cukuplah. Nanti sambung lagi...
 
Tata
 
Muahs.
 













Tuesday, September 10, 2013

Pindah opis


Assalamualaikum


Hai hai hai


Ya ampun...  dua minggu ni rasa bz sangat. Ofis aku pindah blok lain. Penat tau pindah randah ni. Macam nak pindah umah rasanya. Dua bulan lepas pindah, ni pindah lagi. Transformasi katanya. *libas tudung*











Penat tau partition tu pasang sendiri. Sebab ada miscomunication dengan pihak yang bertanggungjawab. Nasibla ada member ofis ni yang hati kering. Walaupun perempuan. Gigih pinjam screwdriver kat quarters opis. Pastu tarah sendiri cabut pasang balik. Hoi letih tau. Walaupun aku tukang pegang je. Penat ok.
 
 
Tapi sekarang semua dah settle. Alhamdulillah. Boleh buat kerja dah. Boleh blogging balik. Weehu....
 
 
Oh lupa. Sebelah meja aku ni betul2 bilik big bos. Hangguk tul. Tak bolehlah nak bersila ke, nak menggaru ke... Haihhh....
 
 
 
Ketemuk lagik yak...
 
 
Yours truly
 
Rina Mazlan
 
Muahs...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, September 3, 2013

Rintihan hati



Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah syukur di atas kuasaNya kita masih bernyawa,
Masih bisa menjamah makanan dan minuman,
Masih bisa melihat anak-anak bermain dan tertawa,
Masih bisa menemani pasangan dikala mereka berduka,
Masih bisa bersujud menyembahNya,
Masih bisa memeluk si dia dikala gundah,
Masih bisa mendengar rintikan hujan,
Masih bisa mendengar alunan ombak.


Alhamdulillah.



Hi korang. :)

Petang2 ni sejuk so rasa nak berpoem. Amacam? Rasa laparkan tengah2 hujan ni. Padahal baru makan nasik. Kata nak kurus. Aaahhhhhh persetankan perkataan kurus itu. Aku dah bosan.



Jom layan gambar.



 Ayam sambal. Sedap. Makan lauk ni ngan nasi panas dah cukup. Tambah kicap.








Ko kata nak kurus abis tak reti-reti beli sugar organic. Harap boleh lah kurus. *harapan*
 
Rasa dia tak la semanis gula biasa. Kalau gula biasa tu satu sudu je dah manis kan. Yang ni satu sudu tu kiranya rasa manis buahlah. Papa minum teh o aku buat pakai gula ni 2 hari cery bery ye puan-puan. Salah i ke nyah?  0_____<
 
 
 
 


 Ya habibi. Haritu ada open house kat gombak. Papa kena baca doa.
 
 




Cousin. Bab. Bukan debab. Memang family panggil dia Bab. Ni adik papa ala yang kembar tu..
 
 
 
 
 
 


 Pic otw balik rumah. Beli belon. Adam memang pantang nampak belon. Suka sangat. Tak sampai rumah lagi dah pecah dalam kete. Buat sampah memang pandai.








I love this pic. Adam sekarang dah pandai pose. Terus rindu kat budak ni.
 
 
 
 
Harap-harap petang ni tak hujan la lagi kan. Tak tahanla sejuk kat ofis ni. Jap lagi nak buat air nes 'o' panas.
 
 
 
Ok cayangs,
 
Muahs.
 
 
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...