Sunday, June 30, 2013

Mati kutu






Hola!

Ok sekarang ni aku ada masalah serius.

Aku tak boleh nak upload gambar. Sebab aku bertukar unit jadi aku kena bertukar pc.

Yang hampehnya aku tak reti nak upload software untuk hp aku.

Apa bongok sangat nih???

Hoi gambar kemain banyak ni. Adoi camne..

Sapa kat sini terer bab-bab ni marilah sudi membantu aku.

I am so sad.

:(
:(


Thursday, June 27, 2013

Mencari sofa


Assalamualaikum

Salam Jumaat yang barakah :)

Dah lama tak update... Sory. Aku selsema dan tak sihat badan 2 hari lepas. Dapat mc 2 hari :)

Kalau dah duk rumah tu pepaham jela... Nak online ni memang malas sangat. Mana nak layan mira ngan adam lagi. Tapi dalam-dalam tak sihat tu, boleh pulak merayap gi Ikea, kedai perabot bagai. Terapi namanya tu. Aku nak duk rumah? Sory lah. Mati kutu dibuatnya.

Niat hati tu macam nak tukar sofa kat rumah tu sebab dah koyak sana-sini. Walaupun anak baru 2 tapi hebat sungguh penangan diorang kan. Tu belum tengok wall hasil tangan adam. Macam-macam corak ada. Kalau boleh wall pun aku nak tukar. 0_______0





Cak! Ada rupa orang tak sihat? :P
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ikea- kedai pertama
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ni kedai perabot ke empat kitorang pergi area sri damansara. Kedai kat sini serius murah. Meja, sofa, almari kayu untuk perhiasan tu yang ala-ala english kat sini rm3++ boleh dapat. Rambang mato den.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Wajib
 
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah, balik rumah hujan pun turun. Syukur. Rasa sejuk sikit.
 
 
 
 
Last-last tak beli pun sofa. Takut papa marah. Dia takde, outstation gi ganu. Nanti-nantilah kita beli sofa.
 
 
Ciowwww.
 
XOXO
 
 
 
 

Monday, June 24, 2013

Hoi makan!




Assalamualaikum

Semalam cafe ofis jamu semua makan lunch. Hoi besar-besaran dia buat. Kan aku selalu komplen makanan kat cafe tu cekik darahkan? Tetiba semalam tauke nak buat makan-makan free.

Seronoklah. Ada satay, kambing bakar, lauk pauk, desert, cendol dan banyak lagi lah.

Rambang mata mak tak tau nak makan apa.






 Pilih-pilih






Lauk nak abis je diorang top up
 
 
 
 
 
 
 

*Sawan*
 
 
 
 
 
 
 
 
 Aku ni kan penggemar makanan manis. So focus lebih kat sini









Tetamu
 
 
 
 
 

 Kreatif sampai orang tertanya-tanya, ni untuk perhiasan ke? boleh ambik makan ke?
 
 
 
 
 
 
 



Diantara bubur yang ada. Ni bubur cha cha. Bubur kacang ijo, pulut itam, sago eh kemain banyakkkkkkkk
 
 
 
 
 
 
 
 
Ni yang aku ambik. Banyak eh?
 
 
 
 
 
 
 

Ah sedap




Sebenarnya tauke cafe tu nak promote set buffet untuk berbuka puasa. So kalau berminat jom datang ofis aku. Murah je. Adult RM40 kanak-kanak RM20 lebih kalau tak silap aku.

Makanan memang dijamin sodap. Kat ofis aku ni parking free je, banyak ruang parking. Tak payah nak berebut. Aman je.


Ok bai


Muahs.






















Luahan jiwa



Pendam rasa.

Korang pernah rasa tak? Tak kisahlah dengan sapa pun. Family ke, anak-anak ke, kawan-kawan ofis ke.

Yup, aku pernah rasa.

Selalu.

Aku ni bukanlah mintak untuk disanjungi. Cukupla sekadar respect each other. Jangan suka sangat nak menyakitkan hati orang lain. Dan jangan fikir kita ni pandai sangat dan orang lain tu bongok.

Hidup ni berputar.

Nak ditelan mati mak nak diluah mati bapak. Ntahlah. Susah.

Seboleh-bolehnya aku nak jaga relation yang ada.

Ke memang perangai dia macamtu kot? Suka memalukan orang. Suka buat orang lain bodoh. Dan ko pandai sangat. Jangan bagi aku laser mulut. Seboleh-bolehnya aku nak kawal percakapan biar kawan-kawan tak terasa. Best ke nak sakitkan hati kawan-kawan? Ingat bagus sangat ke?

Ye, mungkin dari dulu memang kau dah macamtu kot. Tapi ingat..  Jangan ingat aku macam ni, hu ha sana hu ha sini, gelak-gelak, maknanya aku ni boleh diperbodohkan. Selagi aku boleh sabar aku sabar. Sebagai orang yang berumur sikit dari ko, aku mengalahlah demi satu persahabatan.

Memang perangai ko mcmtu eh?

Omg.

















Sunday, June 23, 2013

Weekend yang JEREBU

 
Assalamualaikum...
 
 
Selamat pagi jerebu semua...  Harini dah makan asap jerebu belum?  OH  rugi-rugi tak makan asap.
 
*deng*
 
 
Hidung ngan tekak aku ni dah rasa pedih-pedih dah ni. Pagi tadi bangun hidung dah sot set sot seeeetttt selsema. Kemain teruk dah aku tengok jerebu nih.
 
Aku sakit takpe. Jangan kena kat anak-anak. Cepatlah hilang jerebu ni.
 
 
 
 
 Korang tengok. Dah rupe kat Cameron Highlands kan?









Dalam  berasap macam ni pun aku tengok ada yang mandi kat pool. Kuat imun korang ye?
 
 
 
 
Dahla tu malas dah nak citer pasal jerebu. Nasiblah budak-budak tak payah gi sekolah. Duk diam-diam kat rumah ye. Jangan merayap pulak.  Babab kang.
 
Jom citer pasal makan. Aku tau korang suka khennnnn. So jom tengok apa aku masak weekend lepas.
 
 
 
Breakfast. Nasi goreng ciliHapi ikan masin.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Amira takde, gi Fraser Hill ngan Wan. Seronok kakak ko....
 
 
 
 
 
 
 
 
Lunch. Asam pedas ikan kembong. Aku tak terer sangat masak asam pedas. Tapi papa kata bolehlah.... sedap... Eleh tipu dosa.
 
 
 
 
 
Ayam Goreng
 
 
 
 
 
Belacan. PON aku tak terer buat sangat. Tapi ok je rasanya. Papa kata takpe, keep it up. Kena buat selalu baru jadi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Adam. Budak ni makin lama makin noti! Memang eh kalau budak boy lasak? Ya Rabbi lasak sangat tau. Bukan sikit-sikit punya lasak. Antara yang dia dah PANDAI sekarang...
 
- Cakar dinding pakai pen/colour pencil.
- Selongkar peti ais. Amik telur kat peti ais bawak gi ruang tamu campakkan kat lantai. (Nasib tak letak karpet)
-Masuk bilik air main paip.
-Terbalikkan bakul mainan. BUKAN SIKIT-SIKIT toys.
-Tarik kerusi nak panjat capai cawan-cawan kaca perhiasan aku
-Amik teddy bears kakak dari bilik letak kat depan. Kalau satu dua aku tak kisah. Ni abis semua dia angkut!
-Sukahati campak keluar barang kat tingkap. Haritu sudu. Nasib aku cepat berlari tangkap. Bayangkan lah aku yang badak ni berlari.
-Bila aku tengah masak, dia tiup-tiup api dapur tu nak bagi padam. Histeria aku.
 
 
 
Adeh. Itu jelah yang aku ingat. Kalau nak citer pasal budak ni sampai bila pun tak abis. =)
 
 
 
Ok bai.
 
 
XOXO
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






 

Thursday, June 20, 2013

Sayangilah mak ayah kita







That is why i love u ayah! O_______o






Aku ni sejak menjak dah kahwin, seganlah nak mintak duit kat mak ayah. Malu. Eh tapi sebenarnya dari dulu sejak start keje memang jarang sangat mintak duit kat diorang. Tapi kalau diorang nak hulur, 20 jari tangan kaki ler aku tadahkan.

Tapi perasaan mak ayah kita kuatkan? Tau je masa anak-anak dia tak berapa nak cukup duit. =)

Kita pun sebagai anak, tanggungjawab kita nak bagi duit kat mak ayah. Tak banyak sikit pun jadilah.

Memanglah diorang selalu kata,  'tak payah bagi duit, mak ada duit lagi ni...'

Kita bagi je lah jugak. Jangan simpan balik pulak duit tu. Kalau diorang taknak duit, kita belikan barang. Barang dapur ke, baju, kain. Mana yang kita mampulah.

Macam mak ngan ayah aku diornag bekerja. Tapi tetap jugak aku bagi duit kat mak. Tapi kat ayah jarang-jarang bagi. :P

Pesanan aku, janganlah kedekut kat mak ayah kita. Diorang pun tak pernah berkira nak membesarkan kita sampilah kita ni jadi 'manusia'. Jangan derhaka ngan diorang. Jangan tinggikan suara sampai diorang terasa hati. Mana yang duk jauh tak dapat nak balik selalu, apa salahnya call. Seminggu 2 kali jadilah, biar sejuk sikit hati mak ayah.

Hargai diorang sementara masih ada. Jangan sok nanti menyesal tak sudah.


Renung-renungkan dan selamat beramal.

Ustadah Rina.


O_________0

Apam homeyyy


Korang suka tak makan apam?

Aku ok-ok jela... Tak berapa minat sangat.

Haritu opismate bagi apam.

Aku tengok, kelip-kelip mata, omg sooooooooooooo cuteeeeeeee!!








Strawberry ni...
 
 
 
 
 
 
 

 Omg... cute kan??
 
 
 
 
 






Haiyoyo




 
 



Dalam dia ada filling kaya. Rasa boleh lah. O___________o
 
 
 
 
 
 
Bagus betul diorang ni pandai buat apam corak-corak gini. Boleh buat duit kan?
 
Aku ni harem la nak buat. Memang tangan kejung nak membaking. Tukang makan bolehlah...
 
 
 
 
O_______o
 
 
Bai
 
XOXO
 

Tuesday, June 18, 2013

Not feeling well... :(





Assalamualaikum

Today my body is rasa tak sedap.

Nafas rasa panas je.

Takkan nak demam kot?

Haiyooo....

Petang semalam bantai makan durian. Tak ingat. Tapi tak la banyak, adalah 5-6 ulas yang kecik-kecik tu.

Akibatnya, malam semalam susah nak tido sebab badan rasa panas. Aircond, kipas semua dah pasang tetap rasa hangat.

Ni kat ofis aircond rasa sejuk pulak.

Lagilah rasa lebam.








 Ko lah punca
 




 
 
 
 

Budak ni memang hantu durian. Adam suka jugak tapi taknak amik gambar sebab tengah syok meneran nak beyak.
 
 
 
 
 
 
Dalam durian ada durian.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nasi kukus Bkt Damnsara. Lunch semalam. Nampak menarik?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jom tengok gambar perempuan yang tak sedap badan tu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Totap ceria.
 
 
 
 
 
OK bai.
 
XOXO
 
 
 
 
 
 
 
 


Monday, June 17, 2013

Lunch




Ada banyak gambar makanan aku tak post. Asyik lupa.

Aku ni kalau nak ambik makanan kena tengok jugak. Esp kalau makan kat luar. Bila tiba time malu memang takdelah aku nak ngambik gambar.

Asal makanan sampai, aku snap. Minuman sampai je, aku snap. Member aku cakap aku 'mental'.

Tak gunass...








 Lontong







Woho.. ni memang terbaek. Nasik lemak + rendang ayam. 
 
 
 
 
 
 
 
 Ni tak tau. Tapi makan kat Secret Recipe





Tak tau jugak.
 
 
 
 
 
 
 
 
Ni ha kuih keria Jalan Duta. Omg. Makan satu plastik pun boleh.
 
 
 
 
 
 
 
 
Mee Rebus+ Air asam boi kat jalan duta gak.
 
 
 
 
 
 
Lepas makan banyak, sedap-sedap pulak tu terus cari Eno.
 
Helo ekskiusme. Apa barang minum Eno. Tak boleh telan dek anak tekak.
 
 
No wonder perut aku macam mengandung 4 bulan.
 
 
OMG.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bila kenyang suka hati.
 
 
 
 
 
Babai
 
 
 
XOXO
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, June 16, 2013

Father's day eh?



Assalamualaikum

Hello cayang gojers..


Amboi pepagi senin kemain ceria. Orang semua monday blues.

Ala tak payah layan sangat perasaan monday blues tu.

Hidup harus diteruskan. Ye dak?



Ok semalam hari bapa eh?

Oo patutla papa sibuk cakap, harini father's day. Pa kena rehat je. Tak boleh buat keje rumah.

Ewah-ewah.

Yela pa.. Pa rehat je. Cuma tolong buang sampah, basuh berak adam, basuh pinggan je. Cukuplah.


Ada rupa mak tiri tak aku?

Ala aku tau, laki aku tu tak sanggup tengok aku buat keje rumah, jaga budak-budak sensorang.

Tu sebab badan aku montel sentiasa. Sebab banyak goyang kaki. Ha ha ha.





Untungla korang dapat bapak macamni O______0
 
 
 
 
 
Aku pun sayang ayah aku jugak.
 
Masa kecik-kecik selalu paut kat tengkuk ayah main kejar-kejar ngan mama aku.
 
Mama ngan ayah aku bukanlah orang senang.
 
Ayah keje gomen. Balik keje pas maghrib ayah jual burger kat tepi jalan.
 
Dulu kalau hari kerja, mama akan pergi dulu sebab nak kejar bas. Ayah aku la siapkan aku pakai baju tadika. Ingat lagi, ayah sikat rambut aku belah tengah. Sangat 70 an gitu.
 
Transport kitorang masa tu motor kapcai. Tiap kali naik motor aku mesti duk depan ayah. Bila sampai rumah aku tukang padamkan enjin motor. Pakai kuncilah.
 
Bila aku dah besar sikit, ayah aku dah tak manjakan aku sangat. Dia tegas. Garang.
 
Kalau lambat balik sekolah/tuisyen, kena marah ngan ayah. Tapi marah kejap je. Yang lama bebel mama aku. :P
 
 
 
 
I love u ayah
 
 
 
 
 
Ayah aku ni suka buat lawak. Nampak je muka garang. Kalau dah kenal, asyik gelak jela.

Kita sayangilah ayah kita.

Selagi diorang ada lagi kat muka bumi ni.

Fikir macamana ayah kita menjaga, bagi kita makan, dapat gaji belikan kita famous amous kat bukit bintang, bawak kita jalan-jalan naik motor kapcai.

How time flies.

You're my hero ayah.


:)




XOXO








Thursday, June 13, 2013

Its smoothie bebeh


Assalamualaikum

Hi gojers


Semalam aku buat projek khas. Act dah dua kali aku buat dah. Sebab sedap and healthy.

Ok aku ni, memang kuat makan. Tapi pada masa yang sama aku suka mencuba makanan yang sihat/menarik/simple.

Kalau boleh dah umur-umur cenggini nak avoidlah unhealthy foodkan. Macam fast food tu kena kurangkan, makanan berminyak bagai tuh.

Syukur aku bukan peminat setia air gas. Bukan macam papa. Satu botol air gas besar tu sekejapan je boleh habis. So not healthy. Lepas tu insaf sebab berat naik walaupun dia control makan nasi.

Korang pun jangan ingat kalau tak makan pastu pulun air gas je sepanjang hari berat boleh turun.
Nom nom nom.

So, dari kita telan air tak sihat tu, jom buat smothie.





Pisang, epal, grapes, salad dan hirisan limau dan ais. Campur secawan susu rendah lemak. Kalau nak buat green smoothie campur la sayur hijau apapun banyak sikit. Pastu blend.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nampak tak sedap eh? Try dulu rasa sedap ke tak.
 
 
 
 
 
 
 

Sekali teguk je ni. Sedap. Rasa kenyang.
 
 
 
 
 
 
 
Kebaikan smoothies (fruits+vege):-
 
- Membantu menurunkan berat badan
- Make ur skin glow naturally (Tak payah beli supplement memahal)
 -Good for digestion



Ok aku memang ada masalah nak berry. Aku try smoothie kali pertama, terus lompat masuk jamban. Ahhhhh puas hati.

Kalau korang rasa tak tau nak dinner apa, takut gemok, takut termakan benda2 tak healthy cepat-cepat gi dapur buat smoothie.

Juga pada yang tak makan sayur. Ko blend je dengan buah terus minum. Memanglah rasa sayur tu kuatkan, tapi kalau dah campur buah rasa sangat sedap.

Ajak papa minum, haram dia nak. Jeling pun taknak.



Ok gojers,

bai.



XOXO


Wednesday, June 12, 2013

Hola



Assalamualaikum & morning gojers...



Yes yes i know, harini bangun lambat, bersiap lambat, masuk kereta lambat, jam jam jam jam, sampai ofis lambat, punch card lambat, breakfast lambat. Fuuuuuuuuuuhhh *lapdahi*







Rutin. Ni semua jam punya pasal.




 
 
 
 
 
Sampai ofis ada taufufa atas meja. Automatik muka yang masam terus senyum gembira.
 
 
Oh tq Lin
 
 
 
 
 
Sekarang ni dah masuk lunch time.
 
Perut masih kenyang lagi sebab tadi breakfast taufufa, mehun goreng telo mata ngan teh tarik.
 
Kalau petang-petang kang lapar buatlah air milo.
 
 
 
Ok bai.
 
 
XOXO
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, June 11, 2013

Nafsu melebihi akal




Tadi gi  Tesco niat nak beli spender papa. Tetiba confius tak tau size apa. Hoi jangan fikir bukan-bukan eh. Bukan apa takut sangkut kat peha. Alah ko ni itu pun nak bagitau.


TAPI ingat aku nak beli satu barang je ke? Oh tidak. Napsu melebihi akal.  Nasib bawak duit lebih sikit.






 
Pisang, epal, grape, salad dan lemon
 
 
 





Ada projek malam ni nak buat. Stay tune....









Macam biasa gambar  Puan Sri kena letak. Ada perubahan tak aku makan Maixara? Oh btw sebelah aku tu ofismate. Nama dia Lin. Single lagi.
 
 
 
Ok bai.
 
 
XOXO
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...