Monday, October 29, 2012

Aidiladha

Assalamualaikum.
 
Selamat menyambut Aidiladha semua!
 
Berapa ekor lembu tumbang? Sepanjang minggu raya ni makan daging je. Badan pun dah naik 2 kilo. Gilak.
 
Raya haritu aku balik Seremban. Papa request nak raya gombak belah petang. Ok fine with me. Janji aku dapat jumpa mama dan ayah. Balik kampung bertiga je, amira ikut raya umah wan dia. Takpelah sekali sekala dia nak ikut wan dia raya pulak. Lagipun aku balik seremban balik hari.



Suami isteri.
 
 
 

Tak sah kalu tak amik gambar kat cermin sakti ni.

Em ready bebeh
 
 

 Adam sekarang suka amik gambar ketap bibir. Hensem la tu?
 
 
 
 
 Ni jelah adik beradik aku. Farah & Faizam. Klong sayang korang. *Syahdu*



SIL aku
 
 
 
 

 Serupa tak?
 
 
 
 
 
 Ayah malu2 nak amik gambar katanye..
 


Susah sangat nak amik gambar budak ni. Mesti nak lari-lari. Tak larat mak ko nak kejar dah.
 
 
 
 
Tu je gambar yang sempat snap. Gambar makanan nan ado. Camne nak amik kalau tukang amik gambarnye pelahap. Tak sempat, tau-tau je dah licin je semua makanan.
 
 
~~____O
 
 
 

Wednesday, October 24, 2012

Adam dah 2 taun


Pejam celik pejam celik dah 2 tahun hero mama sorang ni. Kejap je rasa masa berlalu. Terbayang lagi masa mama kendong adam dalam perut. Uishh besar betul perut mama masa tu. Tapi mama gagahkan jugak bawak adam kemana saja mama pergi. Masa tu mama suka sangat teh tarik mamak kat restoren rumah kita dulu. Hari-hari suruh papa tapau teh tarik bila balik keje. Tapi papa tak pernah tunjuk muka stress. Senyum je papa tu.
 
Masa awal pregnancy doctor kata mungkin ada sedikit masalah pada adam. Tapi mama tak amik port pun apa doctor cakap.
 
Bila adam dah 5 bulan dalam perut, tiap dua minggu mama kena gi specialist. Yelah, diorang kata anak mama ni fizikal besar. Perut mama nanti kena operet. Tapi takpelah mama tak kisah pun.
 
Nak dekat sebulan mama tinggal kat hospital sebelum bersalinkan adam. Doctor tak bagi mama tido kat rumah, katanya mama ni berisiko tinggi. Takut apa-apa jadi kat kita. Boringla mama masa tu tido hospital. Sian kat kakak amira rindu kat mama.
 
Bila dah bersalinkan adam, terus diorang masukkan adam kat NICU. Mama sempat tengok je adam diorang tak bagi cium pun.
 
Dah lepas 2 hari baru mama dapat tengok adam. Doctor kata adam adan Beckwith Wiedeman Syndrom. Mama pun terkebil-kebil. Syndrom apa tu? Setahun mama Syndrom Down tu adalah. Pastu doctor pun explain dari A-Z kat mama. Oooo baru mama tahu. Adam ni nanti membesar dengan cepat. Mungkin juga adam akan lemah dari segi pelajaran ke, dari segi pemahaman ke... Tapi mama tengok sampai sekarang adam cepat je belajar. Macam budak-budak normal je mama tengok. Ntah hapa-hapa kan doctor tu?

Yang penting anak mama sorang ni sihat, cergas dan dapat meneruskan kehidupan disamping yang tersayang. Mama, papa, kakak amira, nemi, atok, nekma atok, uncles, aunties semuaaaaaa sayang adam.




















HaPPy BiRthDay ADAM MUHAMMADY!!!!

Monday, October 22, 2012

Pemandu Malaysia dan satay

Kalau dah nama duk kat kl ni, haruslah hadap jem khenn?? Tu satu hal. Dapat pulak driver yang kuang ajo buat sukati diorang je kat jalanraya tu satu hal lagi. Ada yang masuk lane kita tak bagi signal. Buat kita sakit jantung. Tu takpe lagi. Kalau kita nak masuk lane orang dah berhemah bagi signal, tapi si polan tu buat tak tau je tak bagi jalan. Aku banyak kali kena macamtu. Aku dah bagi signal ko bagi la jalan tai lo. Kang gua main potong je lane lu, lu rasa hati panas tak??
 
Sampai ada satu hari tu aku bagi signal sekor pun taknak bagi aku jalan, aku siap  bukak tingkap kuarkan tangan lambai-lambai suruh berenti. Kuang aja tak aku? Rasa kelaka pun ada gak. Rasa bangang pun ada gak.
 
Moral of the story, kita rakyat Malaysia ni, (satuuuuu malaysiaaaaa) Tolonglah berhemah dijalanraya. Orang bagi signal tu bukan suka-suka tau. Kalau orang tu saiko takde keje asyik main signal je kejenya tu aku tak taulah. Tolonglah bagi jalan, bagi laluan. Lu tolong wa, wa tolong lu. Amacam?
 
Bagi yang pembonceng motor tu pulak berhati-hati la bawak motor. Ni aku tengok awek bawak motor comel je tapi bawak slow kat tengah jalan. Nom nom nom sangat berbahaya ok. Kalau nak bawak slow tepi ye dik. Nanti kena langgar susah.


 Muka wa berkedut sebab wa stress
 
 
 
 

 Nampak wa gemok tak?
 
 



Ha wa sudah boleh sunyum
 
 
 
 
Idokla sah blog aku ni kalau takde gambar makanan ye dok? Minggu lepas papa beli satay. Aku ni ngidam sangat nak makan satay. Cicah ngan kuah kacang yang lemak cucuk sekali ngan timun dan bawang masuk ke dalam halkum. Eh mulut.
 
 Sodap oi satay ni. Beli kat pakcik Din kat gombak. Memang ramai orang beli kat gerai dia.



 Kuah dia memang terbaik. Sedap dihirup begitu saja





Ammakk
 
 
 
Tq pa belikan satay untuk ma. I lap u.
 
Tanda cinta i pada u, i letak gambar u kat meja keje i tau. Tak caya?
 
 
 
 
 
 
 
Ha nampak tak nampak tak?
 
 
 
 
 

 
Gambar ni i curi dari wallet u. Sapa suruh u tak bagi i. U nak simpan gambar pasport banyak-banyak buat apa? U nak isi borang eh? Berani ke u nak duakan i?
 
 
 
 
Ok dah melalut.
 
Papai.

Senam dan makan?


Jumaat lepas, aku bawak amira lepak opis sebab wan dia gi cherating. Bibik tak pergi tapi sian pulak kalau amira tinggal berdua je ngan bibikkan?
 
Jangan banyak cakap, jom ikut mama gi opis. Petang jumaat tu aku ada Shakey Hour maknanya kena senamla tu...
 
 

Sombong giler budak ni takmo senyum amik gambar
 
 
 

 Menconteng







 Tu je la yang ko tau eja? Takpe comel comel. Tu pokok ke penumbuk tu?




 Ni anak member. Aishah namanya. Aku panggil ecah ecah. Comel budak ni. Geget geget pipi dia!
 
 
 
 
Sebelum excersice. Muka baju semua kering je xde pun setitik peluh. Gambar selepas korang tak payahla nengok. Seram.
 
 
 
Dah abis senam apa semua, balik umah mengagau cari makanan. Lapau dow. Kawan-kawan ada bungkuskan aku mee sarawak lunch tadi. Eh cam tak cukup je aku nak makan. Balik kang mesti papa ngecak aku punya sikit.
 
Baik aku goreng cucur tepung.
 
 
Cicah ngan sos.
 
 
Umaak aiii. Sodap.
 


 Mee Sarawak. Ko gaul sekali ngan paste belacan. Meninggal pedas nak mamp.



Inilah hidangan aku petang jumaat tu. Sempatlah siapkan semua sebelum papa. Yang bercahaya tu kiranya simbolik muka papa keriangan sebab ada bibik sediakan makanan.
 
 
 
 
 
Jom makan.

Wednesday, October 17, 2012

Gamba makanan lagi

 
Setiap kali ada entry baru je mesti ada gambar makanan. Biarlah, aku kan pencinta makanan. Aku enjoy nak paste gambar makanan kat blog aku. Sebab aku tau korang pun suka makan gak kan? kan? kan? Tapi tak dapat lawan ngan nafsu serakah aku. Hahaha..
 
 
Sebelum nak citer pasal makanan, aku nak luahkan sikitlah rasa hati ni. Manusia ni memang macam-macam perangai eh? tambah umur tu makin lanjut, makin busuk pulak hati manusia ni. Patutnya kita ni makin dah tua, dah banyak pengalaman, dah banyak telan asam garam, dah banyak pengetahuan, kita makin matang. Bukan makin idiot-buat orang menyampah-meluat.
 
Aku lagi la pantang kalau orang cakap depan lain, cakap belakang lain. So FAKE kan?
 
Takpelah. Harap-harap aku tua sok tak mcmtu.
 
Eh tak sempat tua ke tak.
 
Ok jom tengok gambar mangsa makanan.



 Member punya. Nasi Lomak


 Member punya. Salmon apa ntah


Aku punya?
 
Nak dekat setengah jam tunggu tak sampei-sampei. Pehal ni? Aku dah hangin kembang kuncup montot dah. Member semua nak abis makan aku je dok sedut-sedut air.
 
Aku panggil waiter tu mana makanan aku. Terhegeh-hegehla gi check kat dapur. Pastu datang balik jumpa aku cakap tunggu kejap. Pale otak dia suh aku tunggu kejap. Setengah jam kot aku tunggu. Mesti dia tak masak lagi oder aku.
 
Hati dah panas. Korang taukan kalau singa lapar camne?
 
 
Tetiba.....









 Dia bagi aku menatang ni. Konon nak cover rasa bersalah la tu. Dia suruh aku kunyah ni dulu sementara tunggu makanan aku masak. Ok fine, mak boleh terima. Sejuk sikit hati nan membara ni.






 Dalam 10 minit macamtu, datanglah hidangan diraja aku. Terus bersinar mata.Chicken Chop Semput namanya. Semput sebab lambat.


 
Alhamdulillah, kenyang. Otw nak gi parking lalu famos Amous. Oh tidak. Aku baru je beli 2 hari lepas. Tak kan nak beli lagi kot?




 Terbeli jugak. Tu la aku cakap aku ni nafsu serakah. Candy tu untuk anak-anak.

 
Kalau sapa-sapa ada baca blog aku ni, kalau boleh tolongla aku pilih baju kurung ni. Ada 3 helai. Aku kena pilih satu. Tiga-tiga aku minat. HuK...



 Ni pilihan pertama aku. Lembut je colour dia. Mesti ayu kalau aku pakai. Macam Hawa
 (Ya ampun)





 Ni orange pun hot jugak. (Juling mata)




Waaaa ni pun comelkannn???

 
 
Yang mano den nak pilih?
 
 
^________*


Baju yang shantek!

Berkenan sungguh aku tengok baju yang filla n the geng jual ni. Tapi bila aku pikir balik bila masa aku nak pakai baju camni. Kalau sapa2 yang memerlukan kita jumpa client sesuai kot baju camni. Nak gi jalan sesuai tak? Ok je kot...



Giler gojeskan??
 
 

Nice one
 
 
 
 
Ada lagi banyak kaler korang boleh terjah. Selain baju ni Tsugoi juga ada jual shawl dan aksesori. Kalau korang malas nak shopping kat mall, shopping je kat filla.
 
Harga baju ni RM85 (Free postage)
 
Korang  boleh email kat sini juga :

 
EMAIL : tsugoi12@gmail.com


Subject: PEPLUM ORANGE or GREEN or WHITE




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...