Sunday, September 30, 2012

Weekend

Assalamualaikum lalings..
 
Selamat hari isnin. Lemau je rasa eh? Malas nak buat keje?
Haipp jangan malas2 nak buat keje.
Kan nak dapat bonus.. *senyummmmmmm sampai telingaaaa*
 
Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Yang keje private tu toksah la nak iri hati ngan orang gomen cam kitorang ni ye. Rezeki masing2. Tak perlu la nak cakap orang gomen makan duit rakyatla, lembab keje la, tak senyum kat kaunter la..  Ala macam ko tu rajin buat keje, macamla ko tu senyum kat kaunter... Nom Nom Nom.. tak baik dengki mendengki. Mak tak suka tau.
 


 Ayam goren upin ipin




Bayam rebus. Ni aku ngan adam je abiskan. Yang lain amira ngan mr papa tak layan sayur lembik2 ni.
 
 
 
 
Sambal udang meletop. Siap ada pokok kat belakang tu.
 
 
 
 
Aku ni time weekend je la sempat masak. Kalau hari bekerja takde makna aku nak masak. Mr papa ngan adam dah siap2 mkn kat gombak. Amira pulak siap2 makan kat umah wan dia. Aku tak makan malam takde hal punya. Aku kan diet. *Pui*
 
Korang weekend masak heavy2 ke?
 
 
Tata
 
 

Friday, September 28, 2012

Demam Adam & Hawa

Assalamualaikum
 
Ha, korang layan tak citer Adam Hawa ni?
 
 
 
Nom Nom Nom. Bukan untuk memperkasakan batin korang.
 
 
 
 
 
 
 
Oh yes. This one.
 
 
 
 
Terjebak?
Aku..... Dah terjebak okeh.
 
 
Rumah aku takde Astro. Giler seh. Tak maju langsung. Act Mr papa ada la ura2 nak pasang Astro, tapi aku ni takdelah penonton setia tv. Kalau dah ada kat rumah tu ngan anak2, memanglah tak sempat nak tengok tv. Ala itu pun slot Akasia kul 7 malam tu je yang aku tengok. Itupun tak boleh nak concentrate sangat. Kejap amira nak air la, nak makan megi la. Adam pulak kejap2 tarik tangan aku nak gi dapur ambik biskut ke apa ke. Memang mak takleh nak concentrate ok! Apa lagi nak stay sampai tengah malam nak tgk tv. Memang la nan ado. Pukul 9 malam aku dah paksa  amira ngan adam tido. Bila diorang dah hanyut, aku pun ikut sama lemas. Hahahaha.
 
 
Ok berbalik pada citer Adam Hawa ni. Aku tengak drama ni pun online je. Aku layan citer ni pun sebab ada abang Aaron. Cuba kalau hero tak hensem, takde makna aku nak nengok. MuahHAAha.
 

Cak!
 
 
Heroin dia pun ganteng. Nadiya Nisaa. Aku pernah tengok dia berlakon dulu filem CUN. Masa tu dia jadi budak cacat akal. Memang berkesanla dia berlakon. Dalam citer Adam Hawa ni, aku cuma kurang gemar time dia menjerit2. Tak payahla nak jerit2.. Rilek2 sudah. Mungkin itu cara dia presentkan lakonan dia kan?
 
 
Cantikkan? Cuma dia ni kurus sangat kot. Cuba tambah sikit berat badan *cam aku ni ha* sure lagi mantap. Tapi Nadia u are so sweet girl.
 
 
Johan (Nama sebenar dia mak tak katam lagi) Mamat ni pun comel je. Rambut dia sangat gojess ok. First time aku tgk mamat ni berlakon. Not bad.
 


 
 
 Abang, i nak naik kapalterbang u bawakkan boleh tak? Ala boleh la boleh la..
 
 
 
Bagi pendapat aku, tak semua lelaki sesuai berambut panjang. Kalau yang sesuai tu nampak cool je la macam Johan tu kan. Tapi kalau tak sesuai, macam hantu kak limah ye jugak aku tengok. Cer scroll sikit ke bawah.
 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|




 
Ala abang ni macam Pon Siam la.. Tak mo la. Cancel.
 
 
Ok Papai
 

Thursday, September 27, 2012

Budget 2013

Assalamualaikum.
 
Harini ada pengumuman budget. Rasa sekejap je setahun berlalu. Masih terngiang2 je time PM bentangkan budget tahun lepas.
 
Sebagai penjawat awam, aku punya harapan jugak. Harap2 elaun rumah dapatlah dinaikkan sikit. Yelah sekarang rumah dah mahal. Harapkan elaun rumah RM180 je, mmm macam dah tak relevan dengan zaman sekarang ni kan?
 
Insyallah, sama2 lah kita bentang tikar mengadap depan tv petang nanti ye. Tapi aku kerja, mana yang dah dapat info tu watsup la kat aku. :P
 
Idop Najib!!!
 
*Lah tetiba*
 
 
 
 

Tuesday, September 25, 2012

Bosan Kat Opis

 
Harinikan... lunch duk opis je. Ajaib namanya tu. Sebab selalu aku n the gang akak kuar merayap. Tak kisahlah gi shopping ke, window shop ke, beli barang dapur kat tesco ke.
 
Tapi harini duk opis.
 
Bosan gak.
 
Kirim budak2 ni burger MCD.
 
 

 hoho gebu sungguh. Laa tunggang tebalik burger ni rupanya..
 
 
       Ha dah terbalikkan dah..
 
 
 
 
 
 
Sementara tunggu burger sampai jom kita syok sendiri jap.
 Napa idung nampak kembang ni? Heran-heran





 Mmm.... Muahhhhh
 
 
 
 
 
 
Besar lengan ko kak, apa rahsia?
 
 
 
Lepas makan burger, desert jangan dilupa. SUndae coklat. Complete set lunch harini. Pastu makan tempeyek dan makan kuih raya. Pastu badan... badan... badann.....
 
Malas la nak citer.
 
 
Ok Papai.
 
 
 
 

Monday, September 24, 2012

Berseri ke muka?

Hi uolls..
Hari kita bergebang pasal kecantikkan nak tak uolsss..
 
 
 
Yelah bila dah masuk umuk 30an ni muka pun cepat kering, tompok2 itam pun dah nampak belum kira bintik2 lagi.
 
 
 
Macam muka aku ni jeragat dah mula menunjukkan belangnya uolls... Masalah jerawat tu alhamdulillah tak berapa nak ada sangat. Tapi masa anak dara dulu, Masyallah jerawat mcm tsunami kat muka aku ni. Sampai mak aku bawak gi pakar nak bagi muka anak dara dia ni licin. Nasib berkesan rawatan doc tu. Malu kot masa tu muka cam bulan bintang. Bila muka dah licin, banyak pulak peminat. Pening kepala mak aku. Hahaha *perasan nak mampus ko ni*
 
 
 
Semenjak 2 menjak ni aku rajin la beli mask. Beli kat guardian je. Aku ni mmg tak pernah la nak bermask2 muka ni. Tetiba bila rasa kulit muka dah kurang anjal (puiii) terus mengambil langkah berjaga2 memakai mask. Eh boleh caya ke mask ni boleh anjalkan kulit? Oo Whateva.




Damainya rasa.. Macam gi terapi. Lepas mandi cepat2 masuk bilik kunci pintu. Pakai mask terus landing. Oh sebelum tu cakap kat mr papa nak bersendirian jap dalam bilik. Masa ni mira dah ketuk2 pintu bilik tanya "mama buat apa dalam bilik" pastu aku jawap "jangan kaco mama, gi main". Ishh kaco je budak ni.



 Bayangkan anda berada di tepi pantai di tiup angin sepoi2 bahasa.
 
 


 Lavender Face Mask for Relaxes and soothes tired skin. Paham omputih tak?


 Caviar Face Mask. Nourishes and treats delicate skin. Ni aku belum try lagi.




 Pakai mask ni 20 minit cukup. Pas dah sudah tak payah basuh. Muka korang akan rasa lembab2 gitu.

 
 
Ada orang kat rumah tu jeles aku pakai mask. Dia kata nak gak muka berseri2. Takpelah aku ni bertimbang rasa. Nah pakai ni.


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 
 

Comelkan Mr Papa pakai mask? Rasa cam nak lempang je.




Ok Papai.

Tuesday, September 18, 2012

Wedding sepupu

Assalamualaikum.
 
Raya dah abis eh?
Ohhh tak bestnya.
 Napa tak raya 6 bulan? 
 Ohhh kelakarnya kamu *plempangg*
 
Last weekend aku sefamily gi bercuti kat PD (ha takde tempat lain ke?) Jawapan: (A'ah memang takde tempat lain sebab tu je yang dekat. Puas hati tak ngan jawapan aku?)
 
Dalam pukul 11 pagi macamtu dah bergerak ke PD. Aku masaklah nasi goreng tak pedas untuk bebudak. (Jimat kos katanye) Mr Papa cakap nasi goreng tak sedap sebab rasa banyak bawang. Siap tanya aku bawang tu aku tumbuk ke blend. Of koz la aku blend ingat rajin sangat aku nak menumbuk. Mr Papa cakap, Hmm patutlah rasa bawang banyak. Lainkali nak masak nasi goreng bawang kena tumbuk, baru sedap.
 
Ek Eleh. Sapa yang abiskan setengah bekas nasi goreng tu?
 
Ek Eleh lagi.
 
(Maaf gambar nasi goreng rasa banyak bawang tak snap. Oh ye bukan gambar nasi goreng je, malah segala gambar percutian kali ni mmg takde gambar. Sebab apa? sebab photog takde mood. (Aku la tu)
 
Otw ke PD, sampai nilai jem ya amat. Adoi mendidih pinggang rasa duk lelama dalam kereta. Dahla aku pangku Adam. Dia sekarang pesen duk dalam kete nak aku pangku sebab dia nak paut kat tingkap. Dia suka main2 angin kat tingkap. Ha yela. Mak ko peha rasa nak patah ko tak kisahkan?
 
 
Dalam pukul 2 petang macamtu dah sampai dah hotel. Aku duk kat Selesa Beach Resort. Hotel tu je la aku rasa pantai dia bersih sikit. Ala ok-ok la...
 
Petang gi pool pastu mandi2 kat pantai pulak. Seronokla bebudak tu. Oh ye aku bawak anak buah aku sekali si Anje tu. Saja bawak diorang berseronok. Yela Amira ngan Adam kan haritu sakit teruk. Muntah2 ngan cirit birit hampir seminggu la jugak. So kali ni bagi diaorang enjoy sikit.
 
Keesokkan harinya pulak sepupu kawin kat Senawang. So otw nak balik kl tu singgahla kejap. Ha kat sini photog ada mood nak amik gambar. Hehe..
 
 
 
Dah siap nak gi kenduri

 Ok enough
 
 
 
 Anje n Amira




 Shida (sepupu aku)  dan Suami



 So sweet
 
 
 
 Sayang betul gambar ni blur. HUk huk sedey




 Iklan jap. Ni sepupu aku ni. Nama dia Aina. Comellll sangat budak nih. Rasa nak geget je pipi tu.
 
 
 
Gemok ngan pengantin
 
 




 Ayah aku tengah lepas gian.
 
 
 

 Ha tu dia Adam kemain senyum
 
 
 

Aku risau je nak duk atas tangga pelamin tu. Takut roboh. Wawawa

 
 

 Muka korang je la kan?
 
 
 

 Tengah seronok ni main tangga
 
 
 
 Skodeng kakak mira punya candy
 
 
 



 
 
Dah kenyang makan, apa lagi angkat kaki la balik kl. Fuh lega semua dah selamat.
 
Bila kita tengok sepupu-sepupu kita yang dulu kecik2 sekarang dah besar. Dah kawin, dah ada anak. Terasa sangat peredaran masa tu kan? Aku doakan semoga pengantin berkekalan sehingga ke akhir hayat. *Cedih*.
 
Ok olls.
Until we meet again.
 
 
 
 
 
 
 
 

  Bai Bai

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...