Monday, May 14, 2012

Amira

Anak2 adalah permata yang Allah berikan pada kita. Sebenarnya itu satu tanggungjawab besar yang diamanahkan olehNya. Wajib untuk kita menjaga, mendidik anak2 kita sebaik yang boleh. Tatang mereka bagaikan minyak yang penuh. Beri kasih sayang dari hati kita yang ikhlas kerana Allah. Anak2 ini lah penghibur kita, suka duka, mereka buat kita ketawa, mereka juga yang buat kita menangis.

Aku seboleh-bolehnya nak jadi mak yang baik untuk anak2. Bukan senang. Mudah diucap dibibir, tapi agak sukar untuk kita laksanakannya. Anak2 aku penah jugak kena jerit tengking ngan aku. Tapi aku tak penah angkat tangan kat diorang. Yang tu aku tak mampu nak buat. Aku taknak diorang sakit. Sakit diorang, sakitlah aku.

Memang kadang2 tak tahan dengan kedegilan diorang ni. Mira dah pandai buat perangai taknak dengar cakap aku. Campak barang2 kat aku. Tgk mood dialah. Time baik, kemain baik. Cuma angin kus2 dia datang, mmm habislah. Ikut hati aku nak cubit2 je tapi naluri keibuan aku masih kuat lagi. Selalu aku remind diri aku, 'takpe, budak ni takde mood mungkin penat'. So pas tu aku boleh sabar. Tapi selalunya takleh sabar pun. Kena jerit jugak. :P

Aku tak pasti sejak bila Amira dah pandai buat perangai. Yang nyata sejak adam ada kot. Yelah dah kurang kasih sayang drpd aku. Bukanlah aku tak bagi intention sama rata, cuma pepahamlah Adam perlu perhatian yang lebih dari aku. Mungkin sebab tu mira cepat sensitif sekarang. Yup.. aku tak boleh salahkan mira 100%. Sian si kakak.

Apapun, percayalah mama sayang mira sepenuh hati. Mira la permata pertama dalam hati mama.

 I love u.













xoxo

Sunday, May 13, 2012

Salam

Aktiviti weekend kami yang lepas ialah balik Seremban. Seronoklah mira nak jumpa nekma ngan atok. Sejak sambung blajar ni agak jarang2 dapat balik jumpa mama dan ayah. Tapi, walaumacamanapun kita sebagai anak wajib luangkan masa untuk mak dan ayah kita. Tambahan yang dah berkeluarga tu. Yelah kita dah duduk asing dengan diorang, sedikit sebanyak mesti terpikirkan kita. Dah namapun mak dan ayahkan? :)

Bila kita call cakap nak balik, macam2la our favourite dish yang mak kita masak. Sambal tumis petai, gulai ayam, kangkung belacan dan macam2 lah. Seronok je rasa. Duk rumah sendiri weekend jela masaknye. Itu pun tengok mood. :)

Pas lunch kat seremban, ajak mama tgk nenek kat kampung. Alhamdulilah nenek sihat. Terima kasih pada sepupu aku, Along yang banyak menjaga makan minum dan kesihatan nenek. Walaupun along dah mempunyai family sendiri, dia tetap nak tinggal kampung dengan nenek. Nasib husband dia tak kisah. Syukur.

Okey, weekend aku masak sambal ayam dengan ayam kicap. Ayammmmm je la kan. Abis hubby suka makan ayam dari ikan nak buat camno?



 Ayam masak merah









Ayam kicap lauk untuk mira dan adam






Ha mee kari ni beli kat kantin opis. Tapau buat makan kat rumah. Oklah not bad. Sedap jugak.



Harini rasa tak sedap perutlah. Masuk angin kot? asyiklah bunyi brrrrrrrrrr grrrr. Camne eh nak explain? Aduh. Sapulah minyak yuyi. Huh.





xoxo

Tuesday, May 8, 2012

My skincare products


Ramai kawan2 yang dikasihi tanya aku pakai produk muka apa. Katanya muka aku ni lilcin, glowing. Syukur atas pujian2 itew. Aku pun berkongsilah rahsia dalaman kecantikan yang aku amalkan selama ni. Produk2 yang aku pakai murah2 je. Senang nak dapat.



Pencuci muka






Sabun Kolagen dapat membersihkan tanpa mengeringkan kulit muka kerana ia dihasilkan daripada gabungan losyen pembersih yang dapat menghilangkan debu, minyak berlebihan dan kotoran lain dengan cukup berkesan. Penggunaannya yang berterusan tidak akan memberi kesan kepada pertahanan asid semulajadi selain dapat mengurangkan garis-garis halus akibat tanda penuaan dan menjamin kelembapan.
*Credit to Natasya website*

Sabun Natasya ni memang sesuai ngan kulit aku. Dah masuk 4 tahun aku pakai.

Rege -   RM19.90










Amalkan penggunaan Krim Pelembap Natasya kerana ianya memberikan kesan kulit lembut bak baldu, menelap dengan cepat ke dalam kulit. Bukan saja bagus untuk hidratkan kulit, ia juga bagus sekali menganjalkan kulit yang mulai kendur. Selain itu, ia menghalang sinaran UV menembusi lapisan kulit dan bertindak melambatkan proses penuaan.  *Credit to Natasya Website*

Rege - RM51

Pelembab ni aku pakai seminggu sekali. Bila pakai, dalam sehari dua kulit muka aku akan ada macam pengelupasan. Tapi sikit je. So the next day muka akan licin and lembab je. Kena rajin apply untuk result yang berkesan. Kalau ko malas, ko tarah muka ko kat mesin kelapa tu pun takde makna nak licin. Okeh..




Aku ada beli satu produk baru. Ala saja2 je nak try tgk ok ke tak. 1st time aku apply kat muka. Ternyata BEST! Rasa lembab2 supple je muka aku. Pas tu bila sapu pelembab muka rasa rata je. Tak bercapuk2. Sgt bestlah hoi!. Ala ni kira2 mcm Miracle SKII la konon. Buat apa beli beratus untuk satu produk. Kan membazir. Baik aku beli susu n pampers anak. Harga produk ni pun berpatutan la.. Aku masih mampu.



 Hada Lobo Super Hyaluronic Acid Mosturising Milk
Rege- RM54.90

(psttt korang kena try tau! Gi guardian sekarang.. :P)



Last but not least, Mosturiser aku pakai Olay. Ni mmg dari sekolah la aku pakai. Tapi tipulah kalau aku kata aku setia ngan Olay ni. Dulu ada gak beli loreal la, safi rania la, tapi end up aku cari Olay jugak. :P






Ha ni tuan tanah ngan Olay yang baru dibeli. Eii pucatkan muka aku kalau tak make up..



So, itu sajalah penjagaan kulit muka yang dapat aku kongsi bersama. Yang penting sekali air masak kena minum banyak. Bagi buang segala toksin dalam badan. Barulah muka bersih. Lagi satu hati kena bersih jugak, baru terpancar kat muka. Ni kalau hati busuk macam longkang, tak ke muka pun macam longkang jugak? *membebel lak ko*


Comelnye pakai baju bintik2.. *panggggg*





Ni gambar harini *peace*


Bila dibelek2 gambar2 aku ni, nampak sangat aku ni malas nak pakai lipstikkan? Takpe natural beauty namanya tuh. :P

Jadi kawan2, mana yang rasa muka kusam, mendung, gelap cubalah produk2 yang aku pakai. Insyallah.



xoxo

Thursday, May 3, 2012

Lunch today

Assalamualaikum


Kalau dapat makan memang sedapkan? Peduli apa pasal diet. Ada aku kisah kalau aku gemok? (eh kisah kisah). Konon nak diet makan laksa je la. Pui..

 



 Laksa gua yang punya




 Glass Fried Noodle





Kuey teow




Aku makan laksa banyak hirup kuah je. Pastu aku bedal makan kawan2 punya. *peace*
Lokasi tempat ni kat Tropicana City Mall PJ. Ok2 la food dia. Boleh diterima anak tekak. Service pun not bad. Oh lupa nak bgtau. Nama restaurant Papa Cafe. U olls boleh la singgah. Harga pun ok.



xoxo

Wednesday, May 2, 2012

Port Dickson


Last saturday kami sekeluarga pergi bercuti di PD. Dah lama rasanya tak bercuti disini. Kenapa kami pilih PD? Dekat, affordable, lovely beach. Duk hotel Selesa Beach Resort, memang selesalah..

 View from our room





 Big smiling









 Malaysian Boy





 Amira, Adam n Anje








 Ni kes tertelan air la ni




 Hahahah ni pun :P




 Cari kerang ke tu





 Happy to see them enjoying 'lepak' at the beach





Oh my adam

 



Overall, rasa happy sangat dapat bercuti sekeluarga. Yelah dah lama kan tak bercuti mcmni.

Ok. Next trip please. :P


xoxo




Insaf



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.

Dikala ini aku masih lagi mampu menaip dan meluahkan perasaan melalui blog kesayangan ini.

Kehidupan dilalui penuh dengan gembira, sedih, ketawa, menangis.

Siapa yang mengerti perasaan hati ini? Dikala jiwa ini memberontak, siapa yang teguh setia disisi?

Jangan hukumi diri ini sekiranya senyum yang diukir hanya sekadar senyuman dalam paksaan. Hina?

Manusia boleh berkata apa2. Malah jika akar di dalam tanah diberi kuasa untuk berkata, mereka juga akan berkata.

Sinis?

Selagi ada nyawa, selagi itu aku masih di sini.

.Syukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...